RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Mei 2022

Aprilia SR GT 200 - Secara Rasmi Dilancarkan

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia telah memperkenal jentera terbaru mereka iaitu Aprilia SR GT 200 untuk pasaran negara.

Aprilia SR GT 200 merupakan sebuah skuter Urban Adventure yang paling ditunggu-tunggu buat para pecinta dua roda di Malaysia. Menurut pihak Aprilia, SR GT adalah skuter pertama “Urban Adventure” yang dibangunkan oleh Aprilia untuk menawarkan keseronokan ketika menunggang di dalam kawasan bandar serta beri keselesaan untuk jarak perjalanan yang jauh mahupun dekat.

Skuter ini disempurnakan dengan enjin i-get yang bersesaran 174cc, silinder tunggal dan sistem penyejuk cecair. Model ini menawarkan kuasa maksimum 13kW pada 8,500rpm dan nilai torknya 16.5Nm pada 7,000rpm.

Aprilia SR GT 200 dilengkapi sistem saspensi-saspensi yang boleh dipercayai. Saspensi di bahagian hadapan menggunakan fork teleskopik jenis Showa 33mm dan di bahagian belakang disempurnakan dengan penyerap hentak berkembar Showa.

Antara ciri-ciri lain yang menarik adalah lampu-lampu LED, paparan meter LCD, sistem ketersambungan APRILIA MIA, sistem Start/Stop, brek-brek jenis cakera, sistem ABS dan tangki bahap api bersaiz 9 liter.

Skuter terbaru ini didatang dalam dua varian iaitu varian Standard dan Sport. Untuk varian Standard boleh dimiliki pada harga RM19,900 dengan tiga pilihan warna iaitu Aprilia Black, Infinity Blue dan Street Greyt. Manakala untuk versi Sport pula dijual pada harga RM20,900 (Street Gold, Red Raceway dan Iridium Grey). RR

Isu Pada

Julai 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.