RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Mei 2022

Royal Enfield Classic 350 dan Meteor 350 Dilancarkan ke Pasaran. Harga bermula RM23,500

Untuk terus kukuh ke pasaran negara, Didi Resources yang selaku pengedar rasmi Royal Enfield telah memperkenalkan dua buah model terbaru iaitu Classic 350 dan Meteor 350. Majlis pelancaran kepada kedua-dua jentera telah disempurnakan di pusat pameran Royal Enfield terbaru yang beroperasi di Petaling Jaya.

Di pusat pameran terbaru ini, para pelanggan akan dapat menikmati pengalaman menarik legasi syarikat pengeluaran motosikal berusia 120 tahun menerusi barisan model-model yang dipasarkan, pakaian menunggang, aksesori dan banyak lagi. Bilik pameran ini juga direka khas bersesuaian dengan falsafah jenama R.E iaitu 'Pure Motorcycling'.

Berbalik kepada dua model baru yang dilancarkan. Royal Enfield Classic 350 merupakan jentera klasik yang memiliki rekabentuk yang cukup anggun dan pada masa yang sama ketahanan enjin yang mengagumkan. Classic 350 disempurnakan dengan enjin 349cc, silinder tunggal, sistem penyejuk udara yang berkuasa 20.2hp pada 6,500rpm dan tork 27Nm pada 4,000rpm. Model ini ditawarkan pada harga bermula RM23,500 dalam tiga varian dengan tujuh warna menarik.

Royal Enfield Meteor 350 pula merupakan sebuah jentera cruiser yang telah mendapat pujian oleh para pencinta motosikal di seluruh dunia. Model ini juga memiliki spesifikasi enjin yang hampir sama dengan Classic 350. R.E ini juga menawarkan respon pendikit yang tepat serta kuasa pecutan yang linear – sesuai untuk semua golongan penunggang motosikal.

Untuk disesuaikan dengan rekabentuk dan prestasinya, R.E ini menggunakan tayar-tayar bersaiz 100/90-19 di bahagian depan dan 140/70 di belakang yang kedua-duanya di kawal oleh brek-brek cakera yanag lengkap dengan sistem ABS. Royal Enfield Meteor 350 adalah antara pilihan terbaik buat mereka yang ingin memiliki sebuah jentera untuk tunggangan kawasan urban dan juga teman untuk mengembara. Harga untuk Meteor 350 bermula dari RM24,300 dalam tiga varian iaitu Fireball, Stellar dan Supernova.

Terdapat banyak lagi model menarik yang terdapat di bilik pameran terbaru ini. Jangan tunggu lama-lama! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia