RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Julai 2022

Aveta SVR180 Diperkenalkan – Harga Bermula RM9,988

Aveta Malaysia telah melancarkan motosikal moped 175cc mereka iaitu SVR180. Kehadiran model ini pasti memeriahkan lagi persaingan jentera supermoped di Malaysia.

SVR180 ditawarkan dengan enjin silinder tunggal, 4 lejang, DOHC dan sistem penyejuk cecair. Enjin yang menggunakan kotak gear 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 12.5kW pada 8,500rpm dan 15.5Nm pada 7,000rpm

Model ini dihadirkan dengan rekabentuk serba moden. Bahagian hadapan dilengkapi dengan sepasang lampu utama jenis LED beserta lampu siang (DRL). Saspensi hadapannya pula menggunakan fork teleskopik manakala belakang penyerap hentak tunggal. Tangki bahan apinya cukup besar iaitu 6.6 liter yang mampu membawa penunggang ke mana sahaja.

SVR180 disempurnakan dengan rim-rim bersaiz 17 inci yang turut disaluti dengan tayar 90/80 (depan) dan 120/70 (belakang). Dari segi keselamatan, model ini didatangkan dengan brek-brek jenis cakera.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada jentera ini seperti sistem suntikan bahan api (EFI), gril radiator, tuas brek dan clutch Anti-Broken Lever, paparan meter digital dengan Sensing Touch, soket USB dan berat 113kg.

Aveta SVR180 boleh didapati pada harga bermula RM9,988 berserta waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Model ini didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Black, Cyan, Blue dan Red. RR

Isu Pada

September 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.