RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Ogos 2022

Suzuki Malaysia Lancarkan GSX-S1000GT Pada Harga RM85,700

Suzuki Malaysia melancarkan sebuah model pengembaraan baru iaitu GSX-S100GT yang menawarkan keseimbangan terbaik di antara prestasi, kelincahan, kestabilan kelajuan tinggi, keselesaan, pengendalian mudah, kawalan, serta pakej penggayaan.

“Rakyat Malaysia khususnya pencinta motosikal sukakan perjalanan jarak jauh, dan sememangnya permintaan cukup tinggi terhadap sebuah jentera touring yang mampu menawarkan keseronokan untuk perjalanan jauh bersama yang tersayangg. Jentera itu juga harus pratikal, moden manakala keupayaan untuk membawa barangan adalah amat dialu-alukan,” menurut Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB), Dato’ Jeffrey Lim.

Encik Ahmad Faez bin Tan Sri Yahaya, Pengerusi Eksekutif Kumpulan SMSB menambah, penawaran teknologi connectivity terkini adalah satu kemestian, dan GSX-S1000GT baharu ini menawarkan lebih daripada apa yang mereka jangkakan untuk sebuah motosikal pengembaraan.

“Ini merupakan sebuah GT yang mampu memenuhi segala keperluan penjelajahan mereka dan penampilan yang menarik adalah satu bonus. Dengan menggandingkan teknologi casis dan enjin yang terbukti mantap Suzuki GSX-S1000GT baharu ini mampu memeriahkan pasaran,” tambahnya lagi.

Ciri-ciri teknikal GSX-S1000GT:

  • Enjin empat silinder sebaris sejukan cecair empat lejang bersesaran 999 cc DOHC
  • Sistem ekzos 4-2-1 kompak dengan Suzuki Exhaust Tuning (SET), piawaian pelepasan emisi Euro 5.
  • Badan pendikit elektronik dan komponen aci sesondol baru dengan profil untuk kawalan lebih baik.
  • Kotak penapis udara baru yang mengurangkan kadar rintangan kemasukan.
  • Suzuki Clutch Assist System (SCAS) untuk penggunaan tuas klac yang lebih ringan untuk penggunaan gear lebih lancar.
  • Sistem Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) yang telah dikemaskini menawarkan:
  • Suzuki Drive Mode Selector (SDMS) menawarkan tiga karakteristik hantaran kuasa berbeza.
  • Suzuki Traction Control System (STCS) lima tahap termasuk mod (+ OFF)
  • Sistem kawalan pendikit elektronik ride-by-wire baru.
  • Bi-directional Quick Shift System (dengan tetapan ON/OFF) memberikan penukaran gear yang lebih pantas, lancar tanpa perlu menggunakan klac.
  • Cruise Control dan Suzuki Low RPM Assist

Suzuki GSX-S1000GT disempurnakan dengan rekabentuk luaran yang anggun, aerodinamik dan moden yang diinspirasikan oleh jet pejuang. Jentera ini hadir dengan lampu-lampu LED, panel meter TFT yang menarik, Penyambungan Bluetooth dan slot USB.

Kecekapannya di atas jalan raya datangnya dari kerangka aluminium twin-spar, bar hendal lebar, sistem saspensi yang mantap dan sudah tentu menerusi sistem brek cakera jenis Brembo, pembalut tempat pemijak jenis getah dan tangki bahan api sebesar 19 liter yang memberi lebih jarak untuk pengembaraan.

Model ini ditawarkan dalam dua warna iaitu Metallic Triton Blue (YSF) dan Metallic Reflective Blue (QT8). Harga untuk GSX-S1000GT ialah RM85,700 danakan menerima jaminan kilang selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana terdahulu).

Setiap pembelian akan menerima kotak barang dengan ciri kunci quick-release yang memudahkan proses pemasangan dan pembukaan. Rekaan kotak storan sisi ini direka dengan konsep samai GT yang tajam, futuristik dan ia juga dapat memuatkan helmet bersaiz penuh di dalamnya. RR

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.