RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 September 2022

Royal Enfield Scram 411 dilancarkan. Harga dari RM26,900

Royal Enfield Malaysia telah melancarkan model terbaru iaitu Scram 411 yang hadir dengan konsep Urban Scrambler, menampilkan rekabentuk yang lebih garang, lasak dan tangkas. Royal Enfield Scram 411 bukan hanya mantap untuk tunggangan di dalam bandar malah ia juga sesuai untuk laluan luar bandar yang mencabar dan agak lasak.

Dari kiri: En. Juan Chow Wee, En. Goh Kian Sin & En. Sterz Yap melancarkan model terbaru Royal Enfield Scram 411.
Dari kiri: En. Juan Chow Wee, En. Goh Kian Sin & En. Sterz Yap melancarkan model terbaru Royal Enfield Scram 411.

Scram 411 disempurnakan dengan enjin silinder tunggal 411cc, 4 lejang, SOHC, sistem penyejuk udara yang mampu menjanakan hantaran kuasa setinggi 24.3bhp pada 6500rpm dan tork maksimum 32Nm pada 4,000-4,500 rpm. Paling menarik sudah tentu menerusi hantaran kuasanya yang padu, lancar dan bertenaga.

Untuk disesuaikan dengan pelbagai jenis jalan dan laluan di negara kita, ruang kelegaan tanahnya adalah setinggi 200mm – best! Scram 411 ini juga dikemaskan dengan fork hadapan 41mm, penyerap hentak tunggal dan sistem brek cakera dengan ABS. Jika dibandingkan dengan model Himalayan, tayar untuk Scram 411 agak lebih kecil. Ia menggunakan tayar bersaiz 19 inci (depan) dan 17 inci di belakang yang memberikan pengendalian yang lebih mudah.

Rekabentuknya memang cukup mantap. Lampu hadapannya berbentuk bulat yang diserasikan dengan panel meter juga berbentuk bulat. Panel meter model ini menggabungkan paparan analog dan digital yang jelas serta mudah dibaca. Pelananya dikemas kini agar lebih selesa untuk perjalanan jauh dan posisi menunggangnya memang natural sekali.

Model baru Urban Scrambler ini ditawarkan dalam tiga varian pada harga yang berbeza. Model Premium berharga RM27,400 manakala untuk versi Pertengahan (Mid) pula berharga RM27,100 dan varian terakhir iaitu Base boleh dimiliki pada harga RM26,900.

Perbezaan untuk ketiga-tiga varian ini adalah menerusi tema warna. White Flame dan Silver merupakan pilihan warna untuk model Premium, Skyline Blue dan Blazing merupakan pilihan warna untuk versi Mid. Versi asas atau Base didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu Graphite Yellow, Graphite Red dan Graphite Blue. RR

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700