RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Jun 2019

BMW Motorrad Lancar Empat Model Baru

Bagi memenuhi pelbagai keperluan dan gaya hidup pengguna, BMW Motorrad Malaysia memperkukuh jenamanya dengan memperkenalkan empat model  terbaru iaitu BMW C 400 X, C 400 GT,  R 1250 RT dan F 750 GS. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Ketua Unit BMW Motorrad Malaysia, En. Owen Riley.

“Sejak 35 tahun lalu, model GS dan RT melambangkan tunggangan premium bagi motosikal pengembaraan mahupun perjalanan santai yang pendek. Rangkaian jentera Mobiliti Urban daripada BMW dibangunkan sebagai solusi masa hadapan yang sempurna untuk urban. Dengan pengenalan empat model baharu ini, perluasan portfolio tidak mengecualikan sesiapa kerana ia melengkapi keperluan gaya hidup setiap individu yang minat pengembaraan dan kemodenan.” kata En. Owen Riley.

BMW C 400 X merupakan sebuah jentera skuter bersaiz sederhana yang mampu mengharungi cabaran di sekitar kawasan bandar dengan mudah dalam laluan sempit ataupun kesesakan lalu lintas. Komponen kemasan berbentuk V memberikan penampilan yang serba dinamik apabila dilihat dari sudut hadapan.

Jentera ini menampilkan lampu hadapan LED asimetri yang besar dengan reka bentuk lampu siang tersendiri. Bagi memudahkan sewaktu melakukan perjalanan, terdapat ruang penyimpanan bersepadu di hadapan serta ruang simpan bawah pelana yang luas.

Bagi BMW C 400 GT merupakan pencetus untuk segmen skuter maksi. Model ini merupakan varian Gran Turismo bagi C 400 X yang juga bersaiz sederhana dibina untuk keselesaan dan pengembaraan buat para pecinta dua roda tidak kira ke mana sahaja.

Model ini didatangkan dengan lampu hadapan LED  berkembar yang bercirikan aerodinamik. Pelana ergonomik menjamin keselesaan serta posisi tunggangan yang sempurna ketika melakukan perjalanan pendek mahupun panjang. C 400 GT terus cemerlang dengan cermin pelindung angin yang lebih tinggi berbanding model C 400 X untuk memenuhi keperluan penunggang.

C 400 X dan C 400 GT didatangkan dengan enjin bersesaran 350cc yang menawarkan kuasa maksimum 34hp pada 7,500rpm dan tork 35Nm pada 6,000rpm. Dari segi keselamatan, terdiri daripada Sistem Brek Anti-kunci (ABS) dan Automatic Stability Control (ASC). Keduadua model ini turut dilengkapi dengan panel meter TFT bersaiz 6.5 inci yang memaparkan pelbagai jenis informasi.

BMW C 400 X ditawarkan pada harga RM44,500 dengan tiga pilihan warna iaitu Zenith Blue Metallic, Black Storm Metallic dan Alpine White. Manakala C 400 GT dijual pada harga RM48,500 (Moonwalk Grey, Black Strom Metallic & Alpine White).

BMW R 1250 RT  disempurnakan dengan enjin ‘boxer’ yang telah menjadi identiti untuk model GS dan RT sejak 35 tahun lalu. Pada tahun 2019, enjin ini telah dipertingkatkan kapasitinya dari 1,170cc kepada 1,254cc. Untuk keselamatan, penunggang akan dibantu dengan sistem keselamatan seperti Automatic Stability Control (ASC), Sistem Brek Anti-kunci (ABS) Pro dan Hill Start Control (HSC).

Untuk ciri baharu pada jentera ini, terdapat juga mod tunggangan pro (Pro Riding Mode) terdiri daripada Dinamik, Dynamic Traction Control (DTC), HSC Pro dan Dynamic Brake Assistant (DBA).

Model ini diserlahkan lagi dengan tiga pilihan warna iaitu Mars Red, Carbon Black dan Alpine White yang berharga RM139,500.

Kepada mereka yang gemarkan tunggangan dan rekabentuk enduro, BMW F 750 GS adalah pilihannya. Jentera ini dijana oleh enjin 2 silinder memiliki kuasa setinggi 77hp pada 7,500 rpm yang dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan. Terdapat dua mod tunggang iaitu Road dan Rain yang memenuhi keperluan setiap penunggang.

Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada jentera ini terdiri daripada Automatic Stability Control  (ASC) , Dynamic Traction Control (DTC) dan Sistem Brek Anti-kunci (ABS)  Model ini juga dilengkapi panel meter terkini dengan ciri connectivity yang dipaparkan pada skrin TFT 6.5 inci. F 750 GS boleh didapati pada  harga RM71,500 dengan tiga pilihan warna iaitu Austin Yellow Metallic, Style Exclusive Stereo Metallic Matt dan Light White.

Pada hari yang sama, turut diadakan sesi tunggang uji jentera BMW untuk wakil media selepas majlis pelancaran dan sesi untuk orang awam di waktu petang. RR

Isu Pada

Jun 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.