RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Oktober 2022

Italjet Dragster 125 & 200 dipertonton untuk pasaran negara

Chear Global Sdn Bhd telah mempertontonkan skuter unik iaitu Italjet Dragster 125 dan 200 yang bakal memasuki pasaran negara tidak lama lagi. Kedua-dua model ini akan dilancarkan secara rasminya pada hari Sabtu ini (8hb Oktober 2022) dan dikatakan harganya berada di antara RM29,000 hingga RM35,000.

Italjet Dragster ternyata sebuah ciptaan kejuruteraan yang cukup unik dan 'berani'. Setiap sudut mencerminkan karaktor yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan skuter-skuter lain yang selama ini dihasilkan. Kebanyakan bahagian pada skuter ini terdedah – skuter 'naked' seperti rekaan bahagian casis, dan sistem saspensi.

Model baru ini hadir dengan lampu-lampu jenis LED, tangki bahan api bersaiz sembilan liter, kerangka aloi jenis trellis, sistem ABS dua saluran, angkup brek jenis Brembo, panel meter digital dan yang paling unik tentulah pada sistem saspensi hadapannya jenis ISS iaitu Independent Steering System serta sistem suntikan bahan api Magneti Marelli.

Kedua-dua model ini (125cc dan 200cc) ini hanya dibezakan dari segi saiz enjin. Dragster 125 hadir dengan enjin 124cc, silinder tunggal, 4 injap, 4 lejang yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 9.2kW pada 9,500rpm dan tork 10.5Nm pada 7,750rpm. Dragster 200 pula disempurnakan dengan enjin 180cc, silinder tunggal yang berkuasa 12.9kW pada 8,000rpm dan tork 15.5Nm pada 7,750rpm.

Para media juga diberikan peluang untuk menunggang uji kedua-dua model ini di Aylezo Speedzone Go Kart & Mini GP Bike Circuit. Dalam sesi ringkas itu, apa yang dapat dirasakan ialah tahap kestabilan yang mantap, brek-brek mencengkam dengan sempurna walaupun di permukaan litar yang basah, posisi menunggang selesa, kelincahannya di dalam selekoh serta hantaran kuasa yang jelas berbeza bagi kedua-dua model.

Diharap RR akan dapat menunggang uji model ini lagi di masa akan datang. RR

Isu Pada

November 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.