RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Januari 2023

Ducati Diavel V4 (2023) Dilancarkan

Seperti yang diduga, Ducati Diavel V4 (2023) baharu telah dilancarkan.

Walaupun ia mengekalkan bentuk Diavel yang unik, para pereka dan jurutera Ducati telah menghasilkan sebuah motosikal yang berbentuk lebih agresif daripada yang lama. Ciri-ciri rekabentuk yang baharu termasuk ekzos dengan empat tiub, liang kemasukan udara yang lebih menonjol serta lampu belakang yang mirip hujung ekzos motosikal Desmosedici MotoGP mereka.

Enjin yang digunakan merupakan jenis Granturismo V4 1158cc yang juga digunakan oleh Multistrada V4. Enjin ini tidak digelar "Desmo" kerana ia tidak menggunakan sistem injap "desmodromic" yang ada pada enjin Panigale V4. Apapun, unit kawalan enjinnya akan menutup dua silinder belakang ketika bergerak pada kelajuan perlahan dan apabila berhenti bagi menjimatkan bahanapi dan sekaligus mengurangkan haba enjin kepada penunggang.

Enjin ini menghasilkan 168hp, dan 126Nm yang agak banyak bagi sebuah motosikal yang dipanggil "cruiser."

Penunggang dapat menikmati berbagai ciri elektronik seperti pada Ducati yang lain seperti kawalan cengkaman tayar, ABS untuk selekoh dan banyak lagi. Namun, Ducati hanya melancarkan model yang "standard" buat masa ini. Versi "S" yang akan datang semestinya akan menggunakan suspensi elektronik serta ciri-ciri khas yang lain.

Ducati Diavel V4 (2023) ini dijual di Amerika Syarikat pada harga USD26,695 (RM115,357), tetapi harga ini akan lebih mahal apabila ia sampai di Malaysia kelak.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.