RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Mac 2023

Aveta VADV150 Hybrid Dilancarkan

Aveta Malaysia telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Aveta VADV150 Hybrid yang pertama di dalam Negara dengan sistem DVR. Skuter ini dibangunkan dengan teknologi terkini serta menampilkan rekabentuk yang bergaya dan menjadi pilihan untuk tunggangan di dalam bandar.

VADV150 Hybrid  dikuasakan dengan enjin Hybrid silinder tunggal, SOHC dan sistem penyejuk cecair. Oleh itu, enjinnya mampu menawarkan kuasa maksimum 12.1kW pada 8,500rpm dan tork 14.6Nm pada 6,500rpm. Dari segi keselamatan pula, sistem brek pada model ini dilengkapi dengan brek jenis cakera dan sistem ABS SAF di bahagian hadapan dan belakang untuk memastikan prestasi brek lebih selamat. Manakala tangki bahan apinya pula seluas 9.3 liter.

Skuter ini juga dilengkapi dengan lampu hadapan adaptif (AFS) yang berfungsi melaraskan pencaran cahaya secara automatik mengikut kelajuan dan sudut tunggangan. Paparan meter jenis TFT 7 inci beserta meter kelajuan TBOX memaparkan segala maklumat dengan jelas.

Ini merupakan ciri paling unik pada skuter ini iaitu sistem DVR dengan kamera di bahagian hadapan dan belakang. Ciri ini menyediakan tahap keselamatan serta mampu merakam situasi yang berlaku di hadapan dan belakang.

Aveta VADV150 Hybrid boleh didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Yellow Topaz, Blue Sapphire dan Red Ruby. Model ini ditawarkan pada harga jualan asas RM13,980 yang boleh didapati di semua pengedar sah Aveta. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.