RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 April 2023

Harley-Davidson Pro-Tonton Siri CVO 2023 Terbaru. Pelancaran Rasmi 7 Jun Nanti.

Harley-Davidson menampilkan dua model CVO 2023 baru dengan reka bentuk visual eksklusif dan dramatik, teknologi serba moden dan prestasi dinamik. Butiran lengkapnya akan diumumkan pada 7 Jun 2023 nanti menerusi tayangan perdana rasmi CVO Street Glide 2023 dan CVO Road Glide. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.h-d.com/ourfutureisreal.

“Dengan pengenalan kepada model CVO Street Glide dan CVO Road Glide baru ini, kami telah melahirkan semula dua jentera paling ikonik Harley-Davidson dan pada masa yang sama mentakrifkan semula garis sempadan penciptaan CVO. CVO Street Glide dan CVO Road Glide baru ini bagaikan memberi 'nafas' dan pengalaman baru menunggang Harley-Davidson.” kata Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson, Jochen Zeitz.

Harley-Davidson CVO Street Glide.
Harley-Davidson CVO Street Glide.

H-D CVO Street Glide dilengkapkan dengan fairing bentuk 'batwing' yang memberikan penggayaan lebih mantap yang dipadankan pula dengan cermin pengadang angin serba baru. Bahagian hadapan turut dilengkapkan dengan lampu utama bentuk 'Omega' yang disepadukan dengan lampu lingkaran LED.

Walaupun bentuk ikonik "T" pada fairing batwing masih dikekalkan, namun begitu rekaan garisan grafiknya telah dikemas kini untuk tampak lebih moden. Fairing baru ini telah direka bersepadanan dengan bentuk dengan tangki bahan api, penutup sisi dan beg pelana.

Harley-Davidson CVO Road Glide.
Harley-Davidson CVO Road Glide.

CVO Road Glide pula didatangkan dengan fairing 'sharknose' yang telah dikemas kini untuk tampak lebih agresif. Rekaan ini juga bersepadan dengan tangki bahan api, pelindung sisi dan bag sisi. Lampu utamanya jenis LED yang direka berbentuk horizontal, lebar dengan elemen berkembar yang cukup canggih. Bahagian fairing yang tegap dan bergaya menjadikan model ini kelihatan eksklusif biar dari sudut mana sekalipun.

Antara ciri-ciri terkini yang dikongsikan oleh kedua-dua model ini ialah:

  • rekabentuk visual dramatik
  • Enjin Milwaukee-Eight VVT 121 baru
  • sistem saspensi
  • sistem info-hiburan
  • hadir dalam dua pilihan warna

Untuk maklumat seterusnya, kita tunggu pengumuman rasminya pada 7 Jun 2023 di http://www.h-d.com/ourfutureisreal. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.