RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Jun 2023

Kawasaki Ninja ZX-6R (2023) Kembali dengan Ciri-ciri yang Dipertingkatkan

Kawasaki Ninja ZX-6R (2023) kini kembali ke pasaran dengan beberapa ciri yang dipertingkatkan. Pembuat itu menumpukan perhatian terhadap faktor-faktor prestasi enjin, pengendalian serta peralatan elektronik.

Daripada segi enjin:

  • Ia masih merupakan jenis 4-silinder 636cc.
  • Profil sesondol dirombak untuk memberikan tork (daya pecutan) yang lebih kuat pada RPM rendah.
  • Penyuntik bahanapi diperbaharui agar mereka menyembur dengan lebih halus untuk pembakaran yang lebih sempurna justeru mengurangkan penghasilan bahan buangan.
  • Kotak udara model baharu ini juga diperbaharui dengan liang kemasukan udara yang baharu, juga bagi meningkatkan tork pada RPM rendah.
  • Bahagian badan piston disalut dengan molybdenum untuk mengurangkan geseran.
  • Susun atur untuk ekzos juga ditukar untuk melancarkan pergerakan gas ekzos.

  • Suspensi yang baharu ialah Showa SFF-BP (Separate Function Fork - Big Piston) dengan pelaras prabeban di sebelah kiri, manakala pelasar mampatan dan lantunan di sebelah kanan.
  • Kaliper brek depan Nissin 4-piston yang baharu dengan cakera brek 310mm.
  • Kedua-dua rim dilengkapi dengan tayar Pirelli Diablo Rosso IV.

  • Terdapat fungsi penukaran gear dengan quickshifter.
  • Juga ada kawalan traksi dan mod kuasa enjin (Sport, Road, Rain).
  • Ciri KIBS (Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake System) yang dipertingkatkan.
  • Skrin TFT 4.3 inci (akhirnya!) dengan fungsi pautan Bluetooth.

Kawasaki Ninja ZX-6R (2023) boleh didapati di dalam 4 warna. Apapun, kita tunggu kedatangannya ke Malaysia kelak.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.