RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 30 Julai 2023

Ducati Monster 30th Anniversario (2024) Dilancarkan

Ducati Monster 30th Anniversario (2024) telah dilancarkan pada 27 Julai 2023. Seperti namanya, ia bagi menyambut ulangtahun ke-30 untuk model Monster yang julung kalinya dilancarkan pada 1993. Hanya 500 model edisi khas ini akan dihasilkan. Setiap unit akan bercirikan plet nombor di atas pengikat fork bahagian atas, dan setiap pemilik akan mendapat sijil ketulenan. 

Seperti biasa, model-model keluaran khas daripada pembuat negara Itali ini diberikan ciri-ciri khas. Monster 30th Anniversario ini menggunakan skim tiga warna yang melambangkan bendera negara asalnya, serta beberapa komponen yang khas.

  • Ia masih menggunakan enjin Ducati yang "traditsional" iaitu V-Twin 90-darjah, Testastretta 11 darjah, 937cc yang menghasilkan 111HP dan 93Nm.

  • Suspensi Öhlins dengan fork NIX30 di depan, dan monoshok, serta damper stereng juga daripada Öhlins.
  • Kaliper brek Brembo Stylema. Bebibir cakera brek diperbuat daripada aluminium bagi mengurangkan keberatan daripada Monster standard.

  • RIm-rim yang ditempa, yang hampir 2kg lebih ringan. Walaupun kelihatan sedikit, ia mengurangkan daya inersia bahagian depan sebanyak 21.8% dan 36.9% di belakang. Pengurangan inersia roda bermaksud motosikal jadi lebih tangkas dan "meringankan" pengendalian.
  • Madgad depan dan belakang gentian karbon.

  • Bateri lithium-ion.
  • Kesemua pengurangkan keberatan ini menghasilkan sebuah motosikal yang ringan pada 184kg. Ia 4kg lebih ringan daripada Monster standard, dan 2kg lebih ringan daripada Monster SP.

Ia dijual oada harga USD18,595 (RM84,672.33) tetapi akan lebih mahal daripada itu jika sampai ke Malaysia.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.