RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Julai 2023

Krämer GP2-890RR Telah Dilancarkan

Pernah dengar nama Krämer? Bukan gitar yang digunakan oleh mendiang lagenda musik rock Eddie Van Halen, sebaliknya Krämer yang dimaksudkan di sini merupakan pakar pembuatan motosikal perlumbaan yang terhad. Merekalah yang mula menggunakan enjin KTM sebagai asas kepada jentera GP2 mereka, yang akhirnya menyaksikan KTM bekerjasama dengan mereka untuk menghasilkan KTM RC8c.

Mereka baru sahaja melancarkan motosikal Krämer GP2-890RR yang merupakan evolusi kepada GP2 yang pertama.

  • Kali ini, ia menggunakan enjin KTM LC8c 889cc yang digunakan oleh KTM 890 Duke R.
  • Enjin DOHC, 8 injap ini menghasilkan 138HP dan tork 100Nm.
  • Seperti KTM, ia menggunakan klac ‘slipper’ PASC.
  • Terdapat juga ‘quickshifter’ untuk penukaran gear ke atas dan bawah.
  • Suspensi, brek, rim
  • Fork depan ialah WP Apex Pro 7543 dengan kartrij tertutup, yang juga menggunakan shim.
  • Monoshoknya pula merupakan WP Apex Pro 7746.
  • Brek depan menggunakan kaliper sepasang Brembo Stylema yang mencengkam sepasang cakera 290mm.
  • Brek belakang pula terdiri daripada kaliper Brembo P2 dan cakera 230mm.
  • Roda depan dan belakang diperbuat daripada aluminium yang ditempa oleh Dymag.

  • Ia menggunakan tangki yang diperbuat daripada plastik yang juga merupakan bahagian belakang motosikal, seperti yang digunakan di dalam MotoGP.

  • Ia dapat menampung 16 liter petrol.

  • Kawalan traksinya memberikan 9 tahap kawalan dan boleh ditutup sepenuhnya.
  • Kawalan wheelie pula ada 5 tahap dan juga boleh ditutup.
  • Tahap brek enjin yang boleh dilaras.
  • Mod enjin yang boleh laras.
  • Kawalan halaju laluan pit.  
  • Panel meternya ialah jenis AiM MXS 1.3 Race GPS dengan perakam data.
  • Komponen-komponen khas
  • Pengikat handel yang boleh ditukar dan diubah kedudukannya.
  • Damper stereng Hyper Pro RC.
  • Rantai perlumbaan DID ERV 520 Racing jenis ‘X’-ring.
  • Fairing gentian kaca dengan penguatan karbon/Kevlar.

Harganya ialah USD39,995 (RM181,217.34) dan hanya 125 unit sahaja yang dihasilkan.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.