RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Ogos 2023

CFMOTO 800NK Advanced Bakal Tembusi Segmen Naked di Malaysia

CFMOTO Malaysia terus meluaskan pasaran mereka dengan memperkenalkan model naked terbaru mereka iaitu CFMOTO 800NK Advanced. Model ini telah dilancarkan sempena pameran Kuala Lumpur Bike Show 2023 yang diadakan di World Trade Centre (WTC).

CFMOTO 800NK hadir dengan enjin silinder berkembar, DOHC dan sistem penyejuk cecair yang mempunyai kuasa maksimum 74kW pada 9,500rpm dan tork 81Nm pada 8,000rpm. Dengan ciri-ciri menarik beserta prestasi yang memukau, model ini pasti akan menambat hati para peminat dua roda di Malaysia dan memperkukuhkan lagi jenama CFMOTO sebagai pilihan utama dalam dunia dua roda.

Model ini juga menampilkan sistem klac jenis Slipper untuk mengelakkan ketidakstabilan pada roda belakang ketika menukar kedudukan gear rendah secara agresif, terutama apabila memasuki selekoh dalam kelajuan yang tinggi. Untuk memastikan jentera sentiasa dalam keadaan stabil ketika mengambil selekoh, CFMOTO 800NK disempurnakan dengan tayar hadapan bersaiz 120/60-17 dan tayar belakang 180/55-17.

Pengendalian model ini tampak lebih selesa dengan penggunaan saspensi hadapan jenis terbalik daripada jenama KYB. Manakala sasoensi belakangnya pula menggunakan penyerap hentak tunggal boleh laras yang menawarkan keselesaan di jalan luruh ataupun laluan berselekoh.

Sebagai ciri keselamatan, CFMOTO 800NK didatangkan dengan sistem brek Anti-Kunci (ABS) untuk meningkatkan lagi kawalan dan kestabilan semasa membrek. Antara ciri-ciri lain yang menarik pada motosikal ini antaranya sistem kunci pintar, lampu-lampu LED, paparan meter TFT tanpa wayar bersaiz 8 inci, sistem kemas kini OTA (Over-The-Air), brek-brek jenis cakera, berat 186kg dan tangki bahan api seluas 15 liter.

Pengenalan  model 800NK Advenced ini hadir dengan dua pilihan warna elegen iaitu Zircon Black dan Nebula White. Harga jualan bermula RM38,888 (tanpa insurans dan cukai jalan). RR

Isu Pada

Oktober 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.