RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 September 2023

Eropah: Honda NT1100 2024 Hadir Dalam Warna Serba Baru

Honda ternyata telah menempa kejayaan khususnya di pasaran motosikal pengembaraan di Eropah selepas memperkenalkan NT1100 pada tahun 2022. Model ini menggabungkan prestasi, keselesaan, praktikaliti dan gaya elegan yang memberikan kepuasan buat para pemiliknya.

Varian transmisi biasa.
Varian transmisi biasa.
Varian DCT.
Varian DCT.

Sejak pelancarannya pada tahun 2022, sebanyak 12,000 unit NT1100 telah dijual dan dari jumlah itu, 66% daripada jumlah keseluruhan pelanggan memilih varian Dual Clutch Transmision. NT1100 juga menerima permintaan yang cukup tinggi tahun lalu sehingga meraih '2023 Europe’s Best Selling Touring Motorcycle'. Untuk tahun 2024, Honda NT1100 hadir dengan warna serba baru iaitu Matt Jeans Blue Metallic dan Candy Chromosphere Red.

Model ini menggunakan enjin silinder berkembar selari 1,084cc SOHC 8 injap sama seperti yang digunakan pada CRF1100L Africa Twin. Kuasa maksimum untuk enjin ini ialah 75kW pada 7,250rpm dan tork 104Nm pada 6,250rpm. Untuk memberikan keselesaan dan pengalaman menunggang yang mantap, NT1100 dilengkapi dengan tiga mod tunggangan termasuk dua pilihan USER, Honda Selectable Torque Control (HSTC), Cruise Control, Pemanas Pendikit dan Wheelie Control.

Honda NT1100 didatangkan pelana yang tidak terlalu tinggi serta cermin pengadang angin yang boleh dilaras sepenuhnya – mudah untuk penunggang baru dan yang berpengalaman. Jentera lasak ini dipadankan dengan tayar hadapan bersaiz 120/70-17 dan 180/55-17 di belakang yang dibantu oleh sistem brek cakera yang cukup efisien.

Antara ciri-ciri menarik:

  1. lampu-lampu LED beserta DRL
  2. soket USB
  3. soket ACC
  4. tongkat tengah
  5. sistem ABS
  6. Saspensi hadapan jenis Showa 43mm SFF-BP
  7. Saspensi belakang: lengan ayun aluminium monoblock dengan penyerap hentak Showa.

Terdapat dua varian untuk NT100 iaitu dengan enjin bertransmisi biasa dan yang menggunakan sistem DCT. Turut menanti para pemilik Honda ini ialah panel meter TFT (skrin sentuh) bersaiz 6.5 inci didatangkan dengan 3 jenis paparan menarik yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay® dan Android Auto®. RR

Isu Pada

November 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.