RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 November 2023

Yamaha Europe Perkenalkan MT-09 2024

Yamaha Motor Europe secara rasminya telah mendedahkan model Hyper Naked baru mereka iaitu Yamaha MT-09 2024. Model ini mula diperkenalkan di dunia pada sepuluh tahun yang lalu. Tahun demi tahun MT-09 mula menerima beberapa pembaharuan. Sebagai model untuk tahun 2024, MT-09 menampilkan banyak perubahan terutama dari segi rupabentuknya yang tampak lebih berbeza berbanding model terdahulu.

Rupabentuk hadapannya hadir dengan bentuk lebih garang menerusi lampu projektor Dwi-fungsi jenis LED yang telah dipertingkatkan. Manakala lampu DRL (Daytime Running Light) menampilkan rekaan yang lebih nipis dan kembali ke posisi melintang di bawah. Lampu belakangnya juga turut diperkemaskan dengan bentuk baru.

Walaupun masih menggunakan kapasiti tangki bahan api 14 liter, namun bentuk dan kedudukan tangki telah diperhalusi agar jentera tampak lebih menarik. Sekaligus meningkatkan sudut belokan yang lebih luas.  MT-09 sememangnya sebuah jentera yang cukup lincah dan stabil. Untuk menawarkan keselesaan kepada penunggang, ketinggian bar hendalnya juga turut direndahkan sedikit serta mengubah sedikit posisi tempat meletak kaki. Pelana pada model ini diperkemaskan dengan unit berasingan di antara penunggang dan pembonceng. Tinggi pelana kini 825mm.

Panel meter jenis TFT pada Yamaha MT-09 2024 telah dinaiktaraf kepada 5 inci dengan mempunyai lima jenis paparan yang menarik. Untuk menawarkan pengalaman menunggang kepada pemiliknya, paparan meter ini juga boleh disambungkan kepada telefon bimbit menerusi sambungan Bluetooth melalui aplikasi Yamaha MyRide untuk fungsi notifikasi, muzik, panggilan dan navigasi. Terdapat juga soket pegecas USB Type-C yang diletakkan di bawah pelana.

Para penunggang juga dapat menyesuaikan pengalaman menunggang bersama MT-09 2024 melalui Yamaha Ride Control (YRC), penunggang boleh memilih tahap kuasa enjin mengikut pilihan dan keadaan jalan. Terdapat tiga mod tunggangan iaitu Sport, Street dan Rain. Yamaha juga turut menambah dua lagi mod kustom yang boleh ditetapkan melalui aplikasi Yamaha MyRide atau menggunakan switchgear baru di sebelah kiri penunggang.

Sama sepeti MT-09 generasi sebelumnya, model 2024 ini dilengkapi dengan sistem IMU 6-paksi yang akan menghantar data kepada sistem Traction Control (TCS), Slide Control (SCS), Front Wheel Lift Control (LIF) dan Brake Control (BC). Yamaha juga mempertingkatkan ciri Back Slip Regulator (BSR) untuk mengawal kestabilan agar roda belakang tidak terkunci ketika membrek dengan kuat.

Antara ciri-ciri menarik yang lain sperti sistem QuickShifter generasi ketiga, klac Assit & Slipper, Cruiser Control, Emerngency Stop Signal (ESS), saspensi hadapan USD 41 mm, monshock boleh laras, brek cakera berkembar 298mm (depan), cakera 245mm (belakang) dan berat 193kg.

Dari segi spesifikasi enjin masih sama, MT-09 2024 menggunakan enjin bersesaran 890cc Crossplane CP3 tiga silinder dengan sistem penyejuk cecair. Enjinya mampu menghasilkan kuasa maksimum 87.5kW (119hp) pada 10,000rpm dan tork 93.0Nm pada 7,000rpm. Terdapat tiga pilihan warna menarik seperti Midnight Cyan, Icon Blue dan Tech Black. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).