RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 November 2023

Benelli BKX 300, Motor Adventure Ringan Terbaharu

Benelli BKX 300 telah dilancarkan susulan pertunjukan pertamanya di EICMA 2023. Model yang dilancarkan ini bukan sahaja mengekalkan rekabentuk bergaya daripada konsepnya tetapi juga ditingkatkan prestasi enjinnya.

Benelli berkata mereka memenghasilkan model ini untuk prestasi yang lebih senang dikawal, dengan ciri serba boleh, dan rekabentuk yang moden. Enjinnya merupakan yang baharu, bersilinder tunggal, DOHC, 4 injap dengan kapasiti 292.4cc. Ia juga merupakan enjin yang digunakan pada TRK 251 dan Leoncino 250. Ia juga mesra piawaian emisi Euro 5+, serta menghasilkan 29.2hp pada 9,000RPM dan 24.2NM pada 7,000RPM.

Pembuat itu juga menaiktarafkan komponen transmisi. Gerek yang lebih besar juga memberikan ruang untuk injap yang lebih besar. Shaf pengimbang aci engkol juga direka semula bagi meredam gegaran. Selain daripada itu, sistem ekzos mempunyai manifol yang lebih panjang untuk memberikan daya tork (pikap) yang lebih kuat. Turut dipasang dengan klac jenis slipper bagi mengurangkan daya di tuil klac dan melancarkan penukaran gear.

Enjin dipasang pada kerangka dwi tiub. Suspensi depan merupakan fork terbalik 41mm dengan gerakan 180mm, manakala monoshock belakang boleh dilaras prabeban dengan gerakan 180mm. Ketinggian pelana ialah 837mm. Rim depan berukuran 19-inci, dan yang belakang ialah 17-inci. Brek depan ialah cakera tunggal yang digenggam oleh satu kaliper empat piston.

Benelli berkata keberatan basah motosikal ini hanya 165kg.

Motosikal akan mula dijual di seluruh dunia bermula pertengahan 2024. Pembuat tersebut belum membongkarkan harganya. Selain daripada itu, mereka juga sedang menghasilkan sebuah model yang lebih sesuai untuk kegunaan off-road yang menggunakan rim depan 21-inci.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.