RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Disember 2023

Zero Motorcycles tampilkan SR-X, model konsep ciptaan Huge Design

Mungkin dah ramai di antara kita sudah melihat model ini tetapi ketika kemunculannya semula di Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA dua bulan lepas. Rekaannya cukup memberi inspirasi dan amat mengagumkan.

Kredit Foto: EICMA.
Kredit Foto: EICMA.

Zero Motorcycles memperkenalkan model konsep iaitu SR-X, ciptaan terbaru daripada Huge Design yang kini berada di bawah Rancangan Pembangunan Masa Depan (Zero Motorcycles). Program ini menghimpunkan beberapa pereka dan jurutera paling berbakat dalam industri yang kemudiannya digabungkan dengan pasukan Zero untuk menghasilkan satu rekaan luar biasa dan bukan kelaziman untuk jentera elektrik.

Kredit Foto: EICMA.
Kredit Foto: EICMA.

Bill Webb dari Huge Design telah memainkan peranan penting dalam visi Zero untuk masa depan. Beliau memberi inspirasi kepada motosikal FXE yang popular dan SR-X ialah contoh paling baru sebuah motosikal yang berwawasan dan inovasi. Jentera dengan konsep separuh fairing ini mempamerkan rangkaian kuasa elektrik Zero yang terkemuka dalam industri serta menawarkan prestasi dan gaya yang cukup istimewa.

“Unit konsep SR-X dihasilkan untuk mencapai detik masa hadapan jentera elektrik dengan menggabungkan perincian rekabentuk yang agresif disamping memiliki prestasi mantap seperti mana motosikal biasa. SR-X adalah satu percubaan untuk sub-kategori baru jentera elektrik berprestasi tinggi yang dicantumkan daripada sebuah streetfighter dan motosikal litar. Kami mahu penunggang sukan sejati menghargai pendekatan reka bentuk yang moden, futuristik, kemas dan berprestasi tinggi,” kata Bill Webb.

Kredit Foto: EICMA.
Kredit Foto: EICMA.

Dikuasakan oleh motor elektrik ZF75-10 termaju dari Zero berkuasa 110 hp dan tork 190 Nm, bateri litium-ion ZF17.3 terbaru yang membuktikan model konsep SR-X ini adalah satu visi berani. Lampu-lampu LED memiliki bentuk yang lain daripada kebiasaan. Gabungan panel meter + fairing hadapan + bentuk 'tangki' memberi impak besar kepada perubahan dramatik motosikal masa depan.

Fork hadapan jenis USD, dipadankan dengan sepasang brek cakera jenis J.Juan manakala di belakang, SR-X ini dilengkapkan dengan penyerap hentak gegelung.

Tidak banyak info lain mengenai spesifikasi model ini. Apa pun...ia sememangnya satu pembaharuan agresif dan berani daripada Zero Motorcycles dalam usaha mereka membawa dunia motosikal elektrik ke alaf baru. RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.