RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Mac 2024

EMOS Umum Harga Untuk Model MODENAS ZX-25RR

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) selaku anak syarikat kepada Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah memperkenalkan varian terbaru ZX-25R untuk pasaran negara iaitu MODENAS ZX-25RR.

Sejak MODENAS ZX-25R SE dilancarkan pada tahun 2023, model ini terus mencipta fenomena baru dalam segmen dua roda di negara ini kerana ia merupakan sebuah jentera yang tiada tandingan dalam kelasnya.

MODENAS ZX-25R SE dan ZX-25RR menggunakan sistem saspensi hadapan yang sama iaitu fork USD SFF-BP 37. Manakala untuk saspensi belakang jenis Horizontal Back-link dengan BFRC Lite GAS hanya dikemaskan pada varian double-R.

Dari segi rupabentuknya memang sangat agresif disertakan dengan gaya tunggangan yang sporty. MODENAS ZX-25RR didatangkan dengan enjin bersesaran 250cc, empat silinder, 4-lejang dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya mampu menawarkan kuasa maksimum 34.5kW pada 15,500rpm dan tork 22Nm pada 12,500rpm yang memberikan keseronokkan menunggang di dalam litar atau jalan raya.

Antara ciri-ciri elektronik yang dipadankan seperti Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Quick Shifter (KQS), Assist & Slipper Clutch serta terdapat tiga mod tunggangan untuk kesesuaian penunggang.

Di bahagian kokpitnya dilengkapi dengan paparan meter TFT yang menampilkan info-info penting buat penunggang. Menerusi meternya, turut terdapat sambungan Bluetooth di mana penunggang boleh menghubungkan dengan telefon bimbit menerusi aplikasi Rideology.

Kelengkapan lain yang dipadankan pada jentera ini adalah, lampu-lampu jenis LED, tayar hadapan bersaiz 110/70R - 17M/C, tayar belakang bersaiz 150/60R - 17M/C, berat 185kg, tinggi pelana 785mm, brek-brek jenis cakera dan tangki bahan api 15 liter.

MODENAS ZX-25RR ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM36,500. Model ini berada di semua pusat pengedar sah Kawasaki All-Star menjelang akhir Mac 2024. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.kawasaki.com.my/home ataupun boleh hubungai talian bebas tol di 1-800-880-008 ataupun melalui WhatsApp di +6019-570 8135. RR

Isu Pada

Mei 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.