RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 April 2024

Suzuki Malaysia Perkenalkan Skuter Baru, Avenis & Burgman Street EX

Suzuki Malaysia secara rasmi telah memperkenalkan dua model terbaru mereka iaitu Avenis dan Burgman Street EX. Dengan pelancaran kedua-dua jentera ini memperkukuhkan lagi jenema Suzuki dalam pasaran Negara untuk segmen skuter berkapasiti kecil.

Avenis & Burgman Steet EX dikuasakan oleh enjin bersesaran 125cc, SOHC, satu silinder dengan sistem penyejuk udara. Dengan menggunakan transmisi jenis CVT, kedua-dua model ini mempunyai kuasa maksimum 8.7PS pada 6,750rpm dan tork 10Nm pada 5,500rpm.

Direka buat golongan muda, Avenis mampu memenuhi keperluan penggunaan harian dengan menawarkan keselesaan serta ciri teknologi terkini. Untuk disesuaikan dengan penggunanya, paparan meter jenis LCD dilengkapi segala info penting buat penunggang.

Bagi melengkapkan lagi konsep ‘On-The-Go’, Avenis dipadankan dengan penutup inlet bahan api yang diletakkan di bahagian luar belakang pelana. Tangki petrol 5.2 liter sudah pasti memberikan jarak perjalanan yang sempurna dan menjimatkan.

Burgman Street EX pula boleh diketogerikan sebagai sesbuah skuter yang kompak, eksekutif dan premium.  Rekabentuk yang elegen memang cukup menarik sekali. Selain itu, pengendalian yang stabil turut disumbangkan oleh jarak antara roda yang lebih panjang. Manakala ruang lantai kaki cukup selesa buat penunggangnya.

Skuter Burgman ini juga turut menampilkan ciri tambahan seperti Suzuki Eco Performance Alpha (SEP-a), Engine Auto Stop-Start (EASS) dan Suzuki Silent Starter System. Berbeza dengan Avenis, Burgman Street EX hadir dengan tangki bahan api 5.5 liter.

Avenis dan Burgman memang sesuai untuk perjalanan jarak jauh kerana memiliki ruang simpanan bawah pelana seluas 21.5 liter. Dua tempat gantung topi keledar dan dua tempat gantung barang hadir sebagai aksesori tambahan. Runagan kompartmen simpanan dilengkapi soket pengecas USB.

Avenis tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Metallic Matte Fibroin Grey/Metallic Lush Green, Metallic Matte Black/Glass Sparkle Black dan ‘Edisi GP’ Metallic Sonic Silver/Triton Blue. Model ini ditawarkan pada harga jualan runcit pengeluaran (MSRP) RM6,980 untuk varian standard dan edisi GP RM7,200.

Manakala skuter Burgman Street EX pula dijual pada harga jualan runcit pengeluaran (MSRP) RM7,500 dengan dua pilihan warna yang eksklusif iaitu Pearl Moon Stone Grey dan Metallic Mat Black.

Kesemua harga adalah tanpa cukai pendaftaran dan insurans. Kedua-dua model kini sudah tersedia di semua pusat pengedar Suzuki yang sah di seluruh Negara. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.