RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 3 Mei 2024

Harley-Davidson Road Glide & Street Glide 2024 Di Pasaran Negara. Harga dari RM190,900.

Harley-Davidson Malaysia telah melancarkan dua model terbaru iaitu Road Glide & Street Glide dan turut menampilkan model eksklusif CVO Road Glide ST Edisi Ulang Tahun.

Majlis pelancaran model terbaru Harley-Davidson 2024.
Majlis pelancaran model terbaru Harley-Davidson 2024.

H-D Road Glide & Street Glide didatangkan dengan enjin Milwaukee Eight 117 V-kembar yang berisipadu 1,923cc yang memiliki hantaran kuasa 107hp dan 175Nm. Model ini juga dilengkapkan dengan teknologi terkini antaranya Mod Tunggangan (Rain, Sport, Road & Custom), sistem Cornering ABS, sistem Traction Control, panel meter TFT 12.3” dan sistem 'Infotainment'.

H-D Road Glide.
H-D Road Glide.
H-D Street Glide.
H-D Street Glide.

Walaupun berkongsikan spesifikasi yang hampir sama, kedua-dua model Road Glide dan Street Glide hadir dengan rekabentuk yang sudah tentu berbeza yang dapat dilihat dengan jelas menerusi lampu hadapan, fairing hadapan, fork hadapan dan bar hendal.

H-D Street Glide.
H-D Street Glide.
H-D Street Glide.
H-D Street Glide.

Harga untuk H-D Street Glide ialah RM190,900 dan model H-d Road Glide pula boleh dimiliki pada nilai RM206,900.

H-D Road Glide.
H-D Road Glide.
H-D Road Glide.
H-D Road Glide.

CVO Road Glide ST Edisi Ulang Tahun pula merupakan model terhad yang hanya empat unit sahaja dibawa masuk ke pasaran negara dan kesemuanya sudah habis dijual. Harga untuk model ini ialah RM346,900.

H-D CVO Road Glide ST.
H-D CVO Road Glide ST.

CVO Road Glide ST hadir dengan enjin V-kembar Milwaukee-Eight® 121 yang memiliki tenaga hantaran cukup padu, saspensi depan dan belakang boleh laras, komponen brek jenis Brembo premium, serta sistem elektronik mantap seperti Mod Tunggangan (Road, Sport, Track, Rain dan Custom).

H-D CVO Road Glide ST.
H-D CVO Road Glide ST.

H-D baru ini turut didatangkan dengan panel meter TFT (touch screen), sistem audio premium, sistem navigasi dengan paparan keadaan pergerakan trafik secara langsung dan keadaan cuaca menggunakan penyambungan Wifi-Fi Hotspot. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.