RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Mei 2024

KTM Lancar 4 Model Duke Baru...Harga Bermula RM22,500...

KTM Malaysia baru-baru ini telah melancarkan bukan satu..bukan dua...tetapi empat model terbaru yang terdiri daripada siri Duke iaitu 250 Duke, 390 Duke, 990 Duke dan 1390 Super Duke R.

Acara pelancaran model-model baru ini telah diadakan di Subang SkyPark RAC di sertai oleh ramai tetamu terdiri daripada para pelanggan, pemilik KTM dan para wartawan.

KTM 250 Duke hadir dengan enjin LC4 249cc satu silinder, empat lejang, SOHC dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa maksimum pada 23kw dan tork 25Nm.

KTM 250 Duke.
KTM 250 Duke.

Manakala 390 Duke menggunakan enjin LC4 silinder tunggal yang bersesaran 398.7cc dan mampu menghamburkan kuasa 33kW dan nilai torknya 39Nm. Selain itu, terdapat juga fungsi Quickshifter+ sebagai standard yang dipadankan kepada kedua-dua jentera ini.

KTM 390 Duke.
KTM 390 Duke.
KTM 250 Duke.
KTM 250 Duke.

KTM turut menaik taraf casis 250 Duke dan 390 Duke di mana kedua-dua model menggunakan kerangka Steel trellis dan sub frame jenis aluminium.

KTM 390 Duke.
KTM 390 Duke.

Ciri-ciri menarik pada 250 Duke & 390 Duke:

  • Sistem klac Anti-Hopping (Power Assist Slipper Clutch)
  • Brek cakera 320mm (depan) & 240mm (belakang)
  • Sistem ABS dua saluran
  • ride by wire
  • Lampu-lampu LED
  • Paparan meter TFT (390 Duke) & Digital (250 Duke)
KTM 390 Duke.
KTM 390 Duke.

Bagi menawarkan keselesaan buat penunggangnya, KTM telah melengkapkan model 390 Duke dengan saspensi hadapan WP Apex 43mm boleh laras dengan penyerap hentak WP Apex Separate Piston Boleh laras untuk saspensi bahagian belakang. Untuk 250 Duke pula dipadankan bersama Fork WP Apex 43mm di bahagian hadapan dan saspensi belakang disempurnakan dengan penyerap hentak tunggal WP Apex

Buat pertama kalinya 390 Duke ditampilkan dengan dua mod tunggangan (Street & Rain) serta Cornering MTC. Manakala sistem elektronik yang lain seperti fungsi Supermoto ABS, Cornering ABS dan Launch Control.

KTM 250 Duke.
KTM 250 Duke.

KTM 250 Duke ditawarkan pada harga RM22,500 dan 390 Duke pula pada harga RM35,800.

Model seterusnya ialah 990 Duke yang juga dikenali dengan gelaran 'The Sniper'. Model ini hadir dengan enjin LC8 bersesaran 947cc yang menawarkan hantaran kuasa maksimum 123hp pada 9,500rpm dan tork 103Nm pada 6,750rpm.

KTM 990 Duke.
KTM 990 Duke.

Terdapat lima mod tunggangan untuk model ini iaitu Rain, Street, Sport, Performance (Pilihan) dan Track (pilihan). Menerusi sistem Telemetry, penunggang akan diberikan info mengenai Sudut Miringan, Lap Time, Respons Pendikit dan lain-lain. Turut menjadikan model ini cukup padu ialah menerusi sistem peningkatan prestasi seperti Tech Pack dan Track Pack.

KTM 990 Duke.
KTM 990 Duke.

Rekabentuk keseluruhan model ini memang cukup garang. Paling menonjol ialah lampu hadapannya (jenis LED) yang direka dengan 'gaya' pemangsa tetapi pada masa yang sama memiliki nilai moden serta anggun. Sistem penyerap hentak Duke ini didatangkan dengan fork hadapan 43mm jenis WP APEX, dipadankan dengan lengan ayun juga jenis WP Apex jenis boleh laras.

KTM 990 Duke.
KTM 990 Duke.

Harga untuk KTM 990 Duke ialah RM99,800 yang boleh dimiliki dalam warna Black dam Electric Orange.

Okay, model terakhir dan paling optimum. Ituah dia KTM 1390 Super Duke R yang merupakan kesinambungan bagi model 1290 Super Duke R. Dengan gelaran 'The Beast', model ini menampilkan rekabentuk yang cukup agresif sekali terutamanya dari pandangan hadapan yang menampilkan lampu utama LED dengan gaya predator (seperti 990 Duke).

KTM 1390 Super Duke R.
KTM 1390 Super Duke R.

Jentera ini dihadirkan dengan enjin berkapasiti 1350cc dengan sistem transmisi 6-kelajuan. Enjin LC8 V-Twin 75 darjah itu mampu menghasilkan kuasa maksimum pada 190hp dan trok 145Nm serta mematuhi piawaian Euro5.

KTM 1390 Super Duke R.
KTM 1390 Super Duke R.

Sistem saspensi  hadapan jenis WP Apex 48mm dan penyerap hentak tunggal WP Apex di belakang telah dilaras semula bagi meningkatkan kestabilan pada kelajuan tinggi. Sistem brek pula terdiri daripada brek cakera berkembar 320mm dengan angkup Brembo Stylema empat piston. Manakala belakang menggunakan cakera tunggal 240mm.
 

KTM 1390 Super Duke R.
KTM 1390 Super Duke R.

Untuk mod tunggangan, KTM telah melengkapkan 1390 Super Duke R dengan lima mod  yang berbeza seperti Street, Rain dan Sport, manakal mod pilihan terdiri daripada Performance dan Track. Pengguna juga boleh melihat info-info penting menerusi paparan meter TFT bersaiz lima inci.

KTM 1390 Super Duke R.
KTM 1390 Super Duke R.

Dalam pilihan Tech Pack, KTM 'menghadiahkan' pemilik jentera ini dengan sistem Traction Control (9 tahap), Performance Mode, Anti-Wheelie Mode, Laptimer, sistem Telemetry, Adaptive Braking Light, Motor Slip Regulation dan Engine Brake Control.

KTM 1390 Super Duke R.
KTM 1390 Super Duke R.

Antara ciri lain yang tersedia adalah:

  • Sistem connectivity
  • Factory Start
  • Launch Control
  • Cornering ABS
  • Supermoto ABS
  • Tinggi pelana 834mm
  • Berat 200.5kg (tanpa bahan api)
  • Tangki 17.5 liter

Harga untuk model paling premium ini ialah RM151,300. RR

Isu Pada

Jun 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.