RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Mei 2024

CFMOTO Malaysia Lancar 450MT, 450NK & 450CL-C

CFMOTO Malaysia turut menyertai Malaysia Autoshow 2024 yang bertempat di MAEPS, Serdang dengan memperkenalkan tiga buah model terbaru yang merangkumi segmen Adventure, Naked dan Cruising.

Model Adventure iaitu CMOTO 450MT yang menampilkan rekabentuk cukup cantik sekali. Bentuknya yang mantap dan mampu milik sudah pasti dapat menarik perhatian buat mereka yang gemarkan sebuah jentera lasak. Bahagian hadapannya diperkemaskan lagi dengan lampu utama jenis LED beserta dengan lampu Day Time Running Light yang sememangnya amat sesuai ditunggang pada waktu siang dan malam.

Untuk pasaran negara, model ini didatangkan dalam dua varian iaitu standard dengan harga asas bermula RM28,888. Manakala bagi varian 450MT-X dengan top box dan kotak sisi di bahagian kira dan kanan pada harga asas RM30,888. Terdapat dua pilihan warna iaitu Zephry Blue dan Tundra Grey.

450MT menggunakan enjin 449cc, dua silinder sebaris, DOHC dan sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 44hp pada 8,500rpm manakala tork 44Nm pada 6,250rpm. Pelananya boleh direndahkan daripada 820mm (yang asal) kepada 800mm untuk disesuaikan buat semua golongan.

Kelengkapan lain memantapkan model ini melalui tangki bahan api 17.5 liter, fork USD, penyerap hentak tunggal multi-link dengan preload boleh laras, sistem ABS, meter TFT, cermin penghadang angin boleh laras, slipper clutch dan Traction Control (TCS).

Buat penggemar model Naked, CFMOTO 450NK pasti dapat memikat hati mereka yang melihatnya. Seperti yang kita tahu, naked sememangnya sebuah jentera yang amat selesa untuk ditunggang di dalam Bandar, luar bandar dan jarak jauh. Rekabentuknya diinspirasikan dari versi abangnya iaitu 800NK menerusi lampu hadapan dengan pencahayaan LED yang cukup garang sekali. Bahagian belakang dengan lampu jenis LED tampak sporty seperti sebuah jentera sport.

450NK dilengkapi dengan enjin 499cc, dua silinder sebaris, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya menggunakan kotak gear 6-kelajuan yang lengkap dengan sistem klac jenis slipper sekali gus dapat menghasilkan kuasa maksimum 37kW pada 9,500rpm dan tork 39Nm pada 7,600rpm.

Sistem saspensi dipermantapkan dengan penggunaan fork hadapan jenis terbalik yang menawarkan proses hentakan cukup baik sekali. Manakala saspensi belakang pula adalah jenis penyerap hentak tunggal yang menjanjikan keselesaan buat para penunggang. Rim Aluminium 17 inci dipadankan bersama saiz tayar hadapan 110/70 dan 150/60 bagi belakang yang turut dilengkapi dengan brek-brek jenis cakera. Jentera ini juga disempurnakan dengan sistem ABS dua saluran.

Ciri-ciri lain yang ada pada CFMOTO 450NK:

  • Meter TFT
  • Kerangka jenis Steel Tube
  • Tangki bahan api 14 liter
  • Pelana bertingkat
  • Berat 165kg

450NK ditawarkan pada harga asas RM25,888 bersama waranti kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Terdapat dua warna menarik iaitu Nebula White dan Zephyr Blue.

CFMOTO 450CL-C merupakan sebuah jentera Cruiser yang mempunyai daya tarikan era klasik tetapi dipermantapkan bersama ciri-ciri moden. Penutup tangki bahan api 12 liter diperkemaskan denga warna krom seperti melihat cermin. Melengkapkan lagi nilai estetika pada jentera ini, lampu hadapan berbentuk bulat dengan pencahayaan jenis LED yang mampu menerangi laluan di hadapannya.

Enjinnya sama seperti 450MT dan 450NK tetapi dibezakan dari segi kuasa di mana 450CL-C menawarkan kuasa maksimum 30kW pada  8,000rpm dan tork 42Nm pada 6,250rpm. Ketinggian pelana 690mm menawarkan keselesaan yang tiada tandingan. Manakala berat jentera 180kg memastikan kestabilan ketika menunggangnya.

Sistem keselamatan disempurnakan dengan cakera 320mm di bahagian hadapan bersama angkup brek empat piston dan cakera tunggal 220mm di belakang untuk memberikan kuasa membrek pada jarak yamg selamat. Sistem ABS dan Traction Control (TCS) menambahkan lagi keyakinan buat para penunggang.

450CL-C membawakan inovasi terkini menerusi meter TFT 3.6 inci berbentuk bulat bagi mengekalkan gaya retronya. Ciri ketersambungan pada jentera ini membolehkan pengguna menyambung telefon bimbit dengan meter melalui aplikasi CFMOTO RIDE. Spesifikasi lain seperti fork USD, soket pengecas type-C, kerangka Steel Tube dan klac jenis Slipper.

CFMOTO 450CL-C diperkenalkan dengan dua pilihan warna seperti Bordeaux Red dan Nebula Black yang ditawarkan pada harga asas RM25,888. RR

Isu Pada

Julai 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.