RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Mei 2024

CYCLONE Perkenalkan RX600, RT2E & MK125 Classic

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memperluaskan pasaran motosikalnya di Malaysia menerusi jenama baru iaitu CYCLONE. Selepas memeterai perjanjian bersama syarikat Chongqing Zongshen Automobile Industry Co., Ltd, Mforce turut melancarkan tiga buah model terbaru, RX600, RT2E dan MK125 Classic.

Cyclone RX600 didatangkan bersama enjin dua silinder sebaris, 4-lejang, 8 injap dengan DOHC menawarkan kuasa maksimum 43.5kW pada 8,500rpm dan tork 55Nm pada 6,500rpm. Enjin dengan transmisi 6-kelajuan ini menggunakan pacuan akhir jenis rantai beserta sistem suntikan bahan api (EFI).

Kelengkapan lain yang dipadankan pada model Adventure ini adalah brek-brek jenis cakera, sistem ABS dua saluran, isi tangki 18 liter, tayar hadapan 110/80-19, tayar belakang 150/70-17, berat 219kg dan sistem penghidup jenis elektrik.

RX600 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Blue dan White yang boleh didapati pada harga asas RM29,888.

Buat penggemar skuter dengan gaya ala-ala klasik, RT2E menampilkan rekaan yang cukup menarik sekali. Model ini menggunakan enjin silinder tunggal, 4 lejang dengan sistem penyejuk cecair. Kuasa hantarannya pula 18kW pada 7,500rpm dan nilai tork 24.5Nm pada 6,500rpm.

Walaupun rekabentuknya seperti skuter klasik tetapi dimodenkan dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik seperti meter TFT, lampu-lampu LED dan sistem kunci pintar. Manakala ciri-ciri lain, berat 162kg, tinggi pelana 750mm, brek-brek cakera dan tangki bahan api 13 liter.

Cyclone RT2E di jual pada harga asas RM13,888. Model ini juga disemprnakan dengan dua pilihan warna iaitu Seaweed Green dan Cool Blue.

Model yang menadapat perhatian, merupakan bakal pencabar baru ‘cub kembara’ di Malaysia iaitu MK125 Classic. Tampil dengan rekabentuk sebuah motosikal retro moden, menjanjikan pengendalian yang mudah di atas jalan mahupun dalam kawasan hutan.

Ciri retronya dapat kita lihat pada bahagian hadapannya menerusi lampu utamanya yang berbentuk bulat. Tetapi dimodenkan dengan pencahayaan jenis LED dan  lampu DRL yang cukup terang untuk tunggangan pada waktu malam. Bar untuk meletak barang di depan dan tengah serta ekzos yang panjang memantapkan lagi rupa model tersebut.

MK125 Classin dilengkapkan bersama enjin silinder tunggal, 4-lejang, SOHC dengan sistem penyejuk udara dapat menawarkan kuasa maksimum 6.5kW pada 7,500rpm dan tork 9.0Nm pada 5,500rpm

Berat 102kg amat memudahkan pengguna untuk mengendali jentera ini di mana jua. Tinggi pelana adalah 765kg manakala tangki  bahan apinya bersaiz 4.5 liter.

Untuk pasaran Malaysia, MK125 Classic ditawarkan pada harga asas RM5,988. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.