RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Jun 2024

Honda CBR250RR Versi Yang Dipertingkatkan - Kini Di Pasaran Negara

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) dengan rasminya mengumumkan ketibaan Honda CBR250RR versi yang dipertingkatkan untuk pasaran negara. Model ini ditawarkan pada harga bilik pameran yan disyorkan RM 27,999 dengan dua pilihan warna iaitu Honda Tricolor dan Mat Zodiac Blue Metallic.

CBR250RR 2024 didatangkan dengan enjin dua silinder yang bersesaran 250cc, DOHC bersama sistem penyejuk cecair. Model ini menerima kenaikan sebanyak 1.3hp berbanding model terdahulu sekali gus menjadikan kuasa maksimumnya 41.5hp pada 13,000rpm dan tork 25Nm pada 11,000rpm.

Enjinnya juga turut diperhalusi termasuklah nisbah mampatan dipertingkatkan, diameter Inlet Port Throat lebih besar, omboh dan tekanan Oil Ring dioptimumkan serta Valve Timing yang dikemaskini. Penambahbaikan ini menyumbang kepada pecutan lebih berkuasa dan terkawal, menjadikan pergerakan jentera yang lancar dan responsif.

Selain itu, ciri utama yang dinaiktaraf pada CBR250RR ini menerusi sistem saspensi hadapan terbalik jenis SHOWA Separate Function Fork - Big Piston (SFF-BP). Manakala bahagian belakang dipadankan bersama penyerap hentak tunggal Pro-Link.

Antara kelengkapan lain yang dikekalkan adalah sistem klac jenis Assist & SlipperTM. Quick Shifter pula memudahkan penunggang menukar kedudukan gear dengan lebih pantas tanpa menggunakan klac ketika memecut.

Ciri keselamatan tambahan yang ada adalah sistem ABS dua saluran. Manakala sistem Throttle-By-Wire (TBW) menawarkan tiga mod tunggangan seperti Comfort, Sport dan Sport+. Rekabentuk panel badan mengetengahkan konsep 'Aggressive Speedy Shape' yang membawakan kepada pengurangan rintangan udara sebanyak 6%.

"Melalui CBR250RR versi dipertingkatkan ini, kami menyasarkan untuk memberikan pengalaman tunggangan yang tiada tandingan. Ia adalah bukti komitmen Honda terhadapa inovasi dan kecermelangan dalam sengmen motosikal Sport. Kami amat yakin bahawa peningkatan dalam prestasi dan rekabentuk akan memikat para peminat motosikal di seluruh Malaysia", kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En. Mitsuharu Funase.

Honda CBR250RR 2024 tersedia di semua pengedar sah Honda BigWing seluruh Malaysia bermula 19hb Jun 2024. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.