RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Julai 2024

Aveta Memperkenalkan Varian Baru Skuter VADV V2

Aveta Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan varian terbaru bagi skuter kembara Hybrid mereka iaitu Aveta VADV V2 ke dalam pasaran negara. Sebagai skuter Hybrid pintar pertama di Malaysia dengan Smart-Hybrid, trenkuasa skuter ini mendapat bantuan dari Hybrid Assist untuk pecutan menerusi sistem Smart Motor Generator.

Aveta VADV V2 dikuasaka dengan enjin 4-lejang, 4 injap, silinder tunggal, SOHC dan sistem penyejuk cecair yang berkuasa 12.1kW dan tork 14.6Nm. Menariknya pada model ini, teknologi Hybrid yang dikenali sebagai EQ Boost menjana kuasa elektrik tambahan dari 3 saat kepada 10 saat yang digabungkan dengan kuasa enjin pada masa yang sama. Tangki bahan api berkapasiti 9.3 liter cukup menjimatkan.

Sistem keselamatannya dipertingkatkan dengan sistem Brek Anti Kunci (SAF ABS) di roda depan dan belakang. Varian baru ini juga dilengkapi sistem Traction Control bagi mengelakkan tayar belakang mudah tergelincir.

Bahagian hadapan skuter ini diperkemaskan dengan sistem lampu hadapan adeptif (ASF) dimana sinaran cahaya disesuaikan mengikut sudut tunggangan secara automatik. Meternya ditampilkan bersama paparan TFT bersaiz 7 inci, maklumat yang disampaikan cukup jelas buat penunggang. Sistem kunci pintar memberikan kemudahan serta keselamatan buat penunggang.

Antara kelengkapan lain seperti:

  • Kamera perakam di depan & belakang
  • Brek-brek cakera
  • Sistem Idling Start Stop (ISS)
  • Soket pengecas USB
  • Berat 155kg

Aveta VADV V2 didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Royal Blue dan Pristine White. Skuter Hybrid ini ditawarkan pada harga asas bermula RM13,980 (tanpa cukai jalan & insurans). Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi Aveta di http://www.aveta.com.my.RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.