RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Julai 2024

Selepas 675SR-R, CFMOTO Tampilkan Sportbike Neo Retro, 500SR VOOM

Selain 675SR-R, turut tampil di acara CFMOTO Day ialah model neo-retro baru iaitu 500SR Voom yang diilhamkan daripada rekabentuk motosikal tahun 1990an. Model ini juga merupakan jentera empat silinder pertama dari CFMOTO.

Model ini pastinya menarik minat anda menerusi rekaan lampu Daytime Running Light (DRL) berbentuk 'gelung cahaya' yang melingkari saluran kemasukan udara. Memang cantik tetapi hakikatnya, lampu utama dan lampu belakang 500SR Voom ini berbentuk empat segi, terletak di bawah saluran kemasukan udara itu. Memang ada style lah!

CFMOTO gaya retro ini dilengkapkan dengan enjin 499cc, 4-silinder sebaris, bersesaran 500cc yang berkuasa 81.8hp pada 12,500rpm dan tork 49Nm pada 10,000rpm. Model ini juga dikemaskan dengan kerangka jenis tiub keluli yang dipadankan dengan fork hadapan jenis USD, lengan ayun aluminium dengan penyerap hentak aluminium tunggal.

Rekaan bahagian belakang 500SR Voom ini memang unik sedikit. Pelana pembonceng kecil (seperti jentera sport lain) dan 'dikepit' oleh sepasang ekzos pendek di kiri dan kanan.

Jentera ini hadir dengan tayar hadapannya bersaiz 120/70 R17 dipadankan dengan brek cakera 300mm manakala tayar belakang  (160/60 R17) pula seiringan dengan brek cakera bersaiz 220mm yang kedua-dua lengkap dengan sistem ABS.

Menurut pihak CFMOTO, model ini mampu memecut dari kelajuan 0-100km/j dalam masa 4.2 saat dan laju maksimum untuk 500SR Voom ialah 220km/j.

Untuk menjamin kestabilan jentera ini khususnya dalam kelajuan tinggi, kerangkanya dibuat dari Chrome-molybdenum Alloy Steel yang digabungkan dengan fork hadapan jenis USD dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang.

500SR Voom turut memiliki ciri-ciri menarik seperti Sistem Traction Control, Emergency Stop Signal (ESS), Clutchless Upshifter, CF-SC Slipper Clutch, Port Pengesas (Type C & A), CFMOTO Ride App, dan panel meter TFT 5-inci.

Jujurnya, model neo-retro ini mungkin ramai peminatnya di Malaysia. Adakah pihak Mforce akan membawanya masuk ke pasaran kita? Kena tunggulah ye! RR

Isu Pada

September 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.