RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Ogos 2024

Yamaha PG-1 Dilancarkan ke Pasaran Negara. Harga asas RM7,000

Bersempena dengan penganjuran Karnival Gen Blue Yamaha yang diadakan di Iskandar Puteri, Johor 24 Ogos 2024, Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan model motosikal baharu ke pasaran Malaysia, Yamaha PG-1.

PG-1 merupakan sebuah jentera 'moped' kembara lasak yang pastinya menarik minat ramai kerana memiliki keunikan rekabentuk dan prestasi enjin yang mantap. Ia disempurnakan dengan enjin empat lejang SOHC, sistem sejukan udara, bersesaran 115cc, silinder tunggal yang berkuasa 9PS dan tork 9.5Nm. 

Bagi memudahkannya ditunggang oleh sesiapa sahaja, pelananya hanya setinggi 795 mm dengan pemisahan untuk penunggang dan pembonceng. Yamaha juga melengkapkan model ini dengan tayar hadapan dan belakang bersaiz 90/100-16 M/C 51P jenis knobby yang dikawal oleh sistem brek jenis cakera (depan) manakala brek belakang jenis gelendong. 

Penggayaannya ringkas tetapi cukup padu dengan rekabentuk 'bulat' untuk sistem pencahayaan, panel meter termasuk cermin sisi. Sebagai sebuah motosikal yang dijadikan untuk lebih lasak berbanding kapcai biasa, PG-1 dipasang dengan suspensi yang lebih tinggi, terdiri daripada fork teleskopik dengan sarung getah di hadapan dan dua penyerap hentak di belakang.

Meilhat dari segi rekaan keseluruhannya, Yamaha PG-1 merupakan sebuah jentera yang berkeupayaan untuk menyusuri jalan-jalan yang berliku dan sukar. Sudah tentu, ia begitu sesuai untuk para penunggang di kawasan urban yang juga peminat laluan lasak yang ingin kelihatan bergaya.

Yamaha PG-1 ke pasaran negara dengan dua pilihan warna iaitu Casual Beige dan Forest Green dengan nilai harga bermula dari RM6,998.

Yamaha Genuine turut menawarkan Pek Ekspedisi dengan harga bermula dari RM1,800, antaranya:

  • Pengangkut barangan depan
  • Pengankut barangan belakang
  • Sub Kerangka
  • Pelindung tangan
  • Pelindung kaki

Pengeluar aksesori motosikal, GIVI juga ada menawarkan Pek Kembara yang terdiri daripada:

  • Beg barangan sisi
  • Braket untuk beg sisi
  • Beg bar hendal
  • Duffle Bag
  • Rak khas untuk Duffle Bag

Untuk melihat dengan lebih dekat Yamaha PG-1, kunjungi para pengedar rasmi Yamaha terdekat dengan anda. RR

Isu Pada

Oktober 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.