RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Oktober 2024

BENDA Napoleon Bob 250 – Berada di Pasaran Negara Awal Tahun Hadapan

Bersempena dengan pembukaan Benelli Best Shop – Hoong Fatt Motorworld Sdn Bhd di Ipoh, Perak, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pengedar jenama BENDA Motorcycle di Malaysia turut mempertontonkan jentera terbaru iaitu Napoleon Bob 250. Model ini dijangka akan berada di pasaran negara awal tahun hadapan.

Para VIP melancarkan BENDA Napoleonbob 250.
Para VIP melancarkan BENDA Napoleonbob 250.

BENDA Napoleon Bob 250 merupakan motosikal dengan V-Cruiser yang dijana enjin empat lejang, SOHC, 249cc, V-Twin beserta sistem penyejuk cecair. Dengan adanya transmisi 6-kelajuan dan klac jenis Slipper, jentera ini dapat menghasilkan kuasa maksimum 25.5hp (19kW) pada 9,000rpm dan tork 25Nm pada 5,500rpm.

Keunikan pada jentera ini boleh dilihat menerusi sistem saspensi hadapanya multi-link. Napoleon Bob 250 menggunakan fork teleskopik yang turut disambung dengan penyerap hentak di kedua-dua belah bagi meningkatkan lagi kestabilan jetera ketika membrek. Manakala bahagian belakang pula dipadankan dengan penyerap hentak spring berkembar yang memiliki sudut lebih melintang.

Penggayaan rupabentuk hadapan dipermantapkan lagi bersama lampu utama berbentuk bulat yang menampilkan gaya klasik tetapi moden dengan pencahayaan jenis LED dan Day Time Running Light (DRL). Lampu belakangnya pula diletakkan di belakang pelana agar jentera tampak lebih menarik lagi.

Antara kelengkapan lain seperti paparan meter TFT, brek-brek jenis cakera, sistem ABS dua saluran, Traction Control (TSC), tinggi pelana 748mm, berat 182kg, tayar hadapan (130/80-18), tayar belakang (160/70-18) dan tangki bahan api 9.5 liter.

Menurut pihak Mforce harga bagi BENDA Napoleon Bob 250 mungkin sekitar RM20,000 hingga RM25,000 tanpa cukai jalan dan pedndaftaran. Model ini didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Silver dan Black. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.