RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 November 2024

CFMOTO 675SR-R Dilancarkan Pada Harga Asas RM37,888

Bersempena dengan majlis perasmian CFMOTO Flagship Store Sendayan Motor, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan model sport terbaru iaitu CFMOTO 675SR-R yang bakal menemui para peminat dengan nilai pasaran RM37,888 (harga asas, tanpa cukai jalan & insurans).

Ia adalah model pertama dari CFMOTO yang hadir dengan enjin tiga silinder yang mampu menghasilkan hantaran kuasa setinggi 95hp pada 11,000rpm dan tork maksimum 67Nm. Lampu dari sudut penggayaan, lampu utama, lampu belakang (jenis floating) dan lampu isyarat jenis LED yang memiliki suluhan cukup terang.

Bahagian fairing sisi tampak garang dan kemas dengan adanya 'winglet' serta gabungan sistem ekzos 'pendek' yang memang cantik sekali. Panel meter jenis TFT juga menawarkan paparan yang lebih jelas dan kemas. Menerusi aplikasi CFMOTO Ride App, pemilik jentera ini akan menikmati sistem sambungan dengan telefon pintar untuk penetapan navigasi, audio dan sebagainya.

Nebula White.
Nebula White.

675SR-R didatangkan dengan tayar-tayar bersaiz 120/70 ZR17 (depan) dan 180/56 ZR17 (belakang) yang dipadankan dengan sistem brek cakera jenis J.Juan beserta ABS. Paling 'best', brek hadapan ini turut lengkap dengan adanya sistem 'Brake Cooling' yang menurunkan bahang/panas brek dengan lebih cepat.

Untuk kualiti tunggangan yang mantap, terdapat beberapa sistem elektronik menarik yang didatangkan bersama model ini seperti Mod Tunggangan (ECO, SPORT & RAIN), Quick Shifter (penambahan gear sahaja), Traction Control, Slipper Clutch, Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan Emergency Stop Sistem. CFMOTO sport ini juga hadir dengan soket pengecas USB untuk Type C dan Type A.

Pelananya setinggi 810mm, sesuai untuk semua jenis tunggangan dan model ini didatangkan dengan tayar-tayar bersaiz 120/70-R17 (depan) dan 180/55-R17 di belakang. Tangkinya sebesar 15 liter, memang cukup besar untuk sebuah model sport.

Okay...dengan setiap belian model baru ini akan melayakkan pemiliknya menikmat waranti kilang selama 2 tahun tanpa had batuan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.