RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 November 2024

EICMA 2024: Yamaha R3 'Kemas Kini' Lebih Mantap!

Berikutan pelancaran R9 baru tempohari, Yamaha memilihi 'pentas' EICMA untuk memperkenalkan model yang dikemas kini iaitu R3 untuk pengeluaran tahun 2025. Yamaha R3 menampilkan bahagian hadapan yang direka serba baru yang diilhamkan menerusi ciri gaya R9.

Lampu-lampu utama jenis LED berbentuk nipis dan bertindih tampak cukup moden. Model ini juga dilengkapkan dengan 'winglet', sayap aerodinamik disepadukan di fairing sisi dan juga mempunyai rekaan saluran udara yang cantik.

Panel meter masih kekal jenis digital yang memaparkan pebagai info-info penting seperti tahap kelajuan, tahap putaran rpm, jam, tahap bahan api, suhu, posisi gear dan lain-lain lagi. Yamaha R3 baru ini turut didatangkan dengan sistem Quick Shifter (aksesori pilihan) dan Assist & Slipper (A&S).

Dari segi teknikal, R3 menawarkan enjin dua silinder bersesaran 321cc yang menghasilkan hantaran kuasa 42hp pada 10,750rpm dan tork 29.5 Nm pada 9,000rpm. Rekabentuk luaran yang cukup sporty pastinya memikat hati para peminat dua roda yang baru ingin dekatkan diri dengan dunia jentera sport.

Tayar hadapan bersaiz 110/70-17 dan 140/70-17 (belakang) yang dikawalan oleh brek-brek jenis cakera (298mm hadapan & 220mm belakang) beserta dengan sistem ABS.

Terdapat dua warna yang ditampil buat masa ini iaitu Biru dan Hitam. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.