RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Disember 2024

KOVE 350RR - Jentera sportbike baru yang bakal mencabar pasaran global.

Jenama KOVE ternyata semakin popular di kalangan para peminat motosikal di seluruh dunia lebih-lebih lagi dengan pencapaian pasukan KOVE Racing Team yang bersaing dalam perlumbaan WorldSBK dalam kategori 300cc. Selepas mengharungi musim yang mencabar, pasukan ini akhirnya telah berjaya meraih kemenangan di tempat pertama dan ketiga dalam perlumbaan akhir menerusi Julio Garcia Gonzalez dan Marc Garcia.

Untuk terus memberi saingan, KOVE telah melancarkan model sport terbaru untuk pasaran tahun 2025 nanti. Ia adalah 350RR yang hadir dengan enjin serba baru, 344cc lebih tinggi berbanding model sebelum ini. Enjin tersebut mampu menjanakan hantaran kuasa setinggi 34 kW (45.6 hp) pada 11,000rpm dan tork 32 Nm pada 9,000 rpm. Top speed untuk model ini adalah sekitar 190 km/j.

Dari segi penggayaan, lampu hadapan dan belakang jenis LED yang menawarkan suluhan cukup cerah untuk tunggangan siang mahu pun malam. Panel meter jenis TFT yang dilengkapkan dengan sistem penyambungan dengan telefon pintar. Rekaan fairing memang padu, lengkap dengan 'winglet' untuk lebih aerodinamik.

Casis juga telah direka semula dengan gaya trellis agar lebih tangkas dan lincah sama ada di litar mahu pun di laluan biasa. Sistem saspensi disempurnakan dengan fork hadapan USD jenis hidraulik yang dipadankan dengan lengan ayun serta penyerap hentak tunggal di bahagian belakang. Tayar hadapan bersaiz 110/70 R17 manakala di belakang pula 150/60 R17 yang kedua-duanya menggunakan brek cakera tunggal beserta sistem ABS.

Kita berharap pihak KOVE Malaysia akan memperkenalkan model ini ke pasaran negara tahun hadapan. RR

Ciri-ciri lain pada KOVE 350RR:

  • Tinggi pelana: 790mm
  • Berat: 151kg
  • Isi tangki: 13 liter
  • Tapak roda: 1,3790mm
  • Kelegaan bumi: 135mm

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.