RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Januari 2025

Honda CBR650R & CB650R 2025 Tampil Dengan Teknologi E-Clutch - Harga Asas Bermula RM47,999

Boon Siew Honda (BSH) teah merasmikan pelancaran dua model terbaru bagi segmen motosikal kelas pertengahan iaitu Honda CBR650R dan CB650R 2025. Lebih menariknya lagi, kedua-dua model baru ini turut dilengkapi dengan teknologi yang baru iaitu Honda E-Clutch.

Dengan adanya sistem E-Clutch, penunggang tidak perlu menarik tuil klac ketika menukar kedudukan gear, semasa hendak bergerak ataupun ketika berhenti. Walaubagaimanapun, penggunaan tuil klac masih boleh digunakan jika mahu. Untuk makluman, model CBR650R dan CB650R merupakan model keluaran Honda yang pertama menggunakan teknologi ini.

Selain itu, rekabentuk bagi kedua-dua model ini tampil dengan lebih segar untuk tahun 2025. Seperti yang kita lihat, Honda CBR650R dan CB650R disempurnakan dengan rekaan lampu utama jenis LED yang serba baru. Panel badan dan bahagian ekornya juga turut diperbaharui.

Bukan itu sahaja, bahagian meternya juga turut dipertingkatkan di mana CBR650R dan CB650R dipadankan bersama paparan TFT 5-inci bewarna penuh. Penunggang juga boleh menyambungkan telefon pintar meraka dengan paparan meter menerusi aplikasi Honda RoadSync.

Honda CBR650R dan CB650R dijana dengan enjin Euro5 yang bersesaran 649cc, empat silinder, 16-injap dengan sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 70kW pada 12,000rpm dan tork 63Nm pada 9,500rpm.

Antara kelengkapan pada kedua-dua model ini adalah saspensi hadapan USD jenis Showa SFF-BP, monoshock boleh laras, tinggi pelana 810mm, berat 211kg (CBR650R), berat 207kg (CB650R), tangki bahan api 15.5 liter, Assist & Slipper Clutch dan sistem ABS dua saluran.

Honda CBR650R hadir dengan dua pilihan warna iaitu Grand Prix Red dan Matte Gunpowder Black Metallic pada harga bilik pameran disyrokan RM49,999. Sementara itu, Honda CB650R pula tiba dengan tiga pilihan warna menarik seperti Matte Gunpowder Black Metallic, Matte Laurel Green Metallic dan Candy Chromosphere Red pada harga bilik pameran yang disyorkan RM47,999. Harga bagi kedua-dua model ini tanpa pendaftaran, insurans dan cukai jalan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.