RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Februari 2025

AVETA Lancar 2 Skuter Terbaru, NOVA 160 & NOVA 125. Harga bermula dari RM5,188

AVETA Malaysia telah memperkenalkan dua skuter terbaru iaitu Nova 125 dan Nova 160, masing-masing ditawarkan pada harga RM5,188 dan RM7,988.

Nova 160 disasarkan untuk mereka yang bekerjaya khususnya di kawasan urban dan para peminat skuter berprestasi tinggi. Model ini disempurnakan dengan enjin 154.4cc, sistem sejukan cecair yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 15.8hp pada 8,500rpm dan tork 14.7Nm pada 6,500rpm.

Pelananya setinggi 778mm, memang sesuai untuk semua jenis penunggang tidak kira lelaki atau perempuan. Tayar hadapan bersaiz 100/80-14 manakala saiz untuk tayar belakang ialah 120/70-14 yang dipadankan dengan sistem brek cakera.

Sayangnya model ini tidak didatangkan dengan sistem ABS. Untuk pengendalian mantap, model ini menggunakan fork hadapan jenis teleskopik, digabungkan dengan penyerap hentak belakang jenis sub-tangki berkembar. Skuter ini juga dilengkapi dengan tangki bahan api padu, bersaiz 10 liter.

Antara ciri-ciri menarik lain yang ditawarkan pada Nova 160 ialah panel meter digital moden, soket pengecas USB, sistem kunci pintar, lampu-lampu LED di hadapan/belakang, dan sistem Idling Stop (ISS) yang membantu penjimatan bahan api. Model ini ditawarkan pada tiga warna menarik iaitu Aveta Blue, Raven Red dan Copper Blaze.

Nova 125 pula sesuai untuk penunggang muda dan termasuk para 'biker' wanita. Ia hanya seberat 104kg dan pelananya pula setinggi 765mm, mudah untuk ditunggang. Terdapat tiga warna pilihan iaitu Blue Lemon, Berry Peach dan Grey Lemon.

Pada harga hanya sekitar RM5,000, ia menawarkan enjin mantap bersesaran 125cc, SOHC, 4 lejang yang berkuasa 9hp pada 8,000rpm dan tork 8.6Nm pada 6,500rpm. Ia boleh dihidupkan secara elektrik mahupun tendang. Tayar hadapan bersaiz 80/90-14 dan 90/90-14 (belakang) berserta sistem brek jenis Combine Braking System (CBS).

Ciri-ciri menarik Nova 125:

  • Panel meter digital
  • Soket pengecas USB (Type-C & Type-A)
  • Tangki bahan api 6 liter
  • Kelegaan tanah 140mm

Kedua-dua model ini akan mula berada di pasaran pada bulan Mac 2025 ini. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.