RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Februari 2025

Kawasaki Z650RS 2025 Dilancarkan – RM37,200

Bersempena dengan pembukaan pusat sehenti Kawasaki 4S di Puncak Alam, MODENAS juga turut melancarkan model terbaru iaitu Kawasaki Z650RS untuk pasaran negara.

Kawasaki Z650RS merupakan jentera dengan gaya retro tetapi menampilkan ciri-ciri dan teknologi terkini. Model ini didatangkan dengan enjin bersesaran 649cc, Parallel Twin, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin bertransmisi 6-kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 67hp pada 8,000rpm dan tork 64.0Nm pada 6,700rpm.

Untuk menawarkan keselesaan ketika menunggang di laluan lurus mahupun mengambil selekoh, model ini dilengkapi dengan sepasang saspensi hadapan jenis fork teleskopik 41mm manakala bahagian belakang menggunakan saspensi Horizontal Link Shock dengan preload boleh laras.

Rim-rim 17 inci pada jentera ini dilengkapkan bersama tayar-tayar bersaiz 120/70ZR17M/C (58W) untuk bahagian hadapan manakala belakang bersaiz 160/60ZR17M/C (69W). Bagi sistem membrek pula dikendalikan dengan brek cakera berkembar 300mm di depan dan belakang dipadankan dengan cakera tunggal 220mm. Jentera ini turut hadir dengan sistem ABS dua saluran.

Rekabentuk bahagian hadapan tampil gaya klasik dengan rekaan lampu utama berbentuk bulat. Untuk menggabungkan elemen moden pencahayaan pada jentera ini menggunakan lampu jenis LED

Antara kelengkapan lain seperti Kawasaki Traction Control, klac jenis Assist & Slipper, meter analog dengan dengan digital dan tinggi pelana 820mm.

Kawasaki Z650RS ditawarkan pada harga asas bermula RM37,200 dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Ebony/Wheel Gold. Model ini sudah berada di semua pengedar sah Kawasaki All-Star seluruh negara. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.