RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Mac 2025

Zonsen lancarkan 4 model terbaru - Cyclone RX650, RA600, RE600 & RT3E

Chongqing, China: Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah memperkenalkan empat model terbaru dari jenama Zonsen (Zongshen) yang bakal memasuki pasaran negara. Pada majlis yang diadakan di Chongping China, empat model yang dipamerkan itu ialah Cyclone RX650, RA600, RE600 dan RT3E

RA600 dan RE600 didatangkan dengan enjin dua silinder sebaris, 4-lejang, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Kedua-dua model ini mampu menghasilkan hantaran kuasa maksimum 43.5kW pada 8,500rpm dan tork 55Nm pada 6,500rpm.

Walaupun menampilkan sepesifikasi enjin yang sama namun dari segi segmen adalah berlainan di mana model RA600 hadir dengan gaya cruiser manakala untuk RE600 pula tampak lebih sporty dengan gaya roadster.

Antara ciri-ciri lain seperti:

  • Berat - 205kg (RA600), 204kg (RE600)
  • Tangki bahan api - 14.5 liter (RA600), 20 liter (RE600)
  • Sistem ABS
  • Traction Control
  • Brek J.Juan berkembar (RE600), tunggal (RA600)

Harga asas untuk Cyclone RA600 dan RE600 ditawarkan pada RM25,888.

Sementara itu RT3E pula merupakan sebuah skuter dengan gaya ala-ala klasik. Model ini menggunakan enjin 247cc, silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Kuasa hantarannya pula 19.5kW pada 8,500rpm dan tork 24.5Nm pada 6,500rpm.

Walaupun tampil sebagai skuter klasik, ciri-cirinya cukup menarik sekali seperti lampu-lampu LED, meter TFT, dan sistem kunci pintar. Ciri-ciri lain seperti tangki bahan api 10 liter, berat 162kg, tinggi pelana 750mm, sistem ABS dua saluran dan Traction Control.

Harga asas bagi skuter Cyclone RT3E ini pula bermula RM12,888.

Untuk Cyclone RX650 merupakan sebuah motosikal yang bakal bersaing dalam segmen Touring di Malaysia. Model ini disempurnakan bersama enjin bersesaran 649.6cc, dua silinder, 4-lejang, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang boleh menghasilkan kuasa maksimum 52kW pada 8,500rpm dan tork 62Nm pada 7,000rpm.

Sebagai sebuah model touring, kelengkapak elektronik yang dipadankan pada jentera ini adalah Cruiser Control, Quickshifter, Blind-Spot Detection, Traction Control, Cornering ABS dan Dashcam di bahagian depan serta belakang.

Ciri-ciri lain termasuklah tangki bahan api 20 liter, tayar bersaiz 17 inci, tinggi pelana 820mm, berat 240kg, lampu-lampu LED, brek-brek jenis cakera, fork USD, meter TFT dan cermin penghadang angin boleh laras.

Menurut Mforce, model ini bakal memasuki pasaran negara pada pertengahan tahun. Harga rasmi masih belum diumumkan tetapi dijangka bawah RM30,000. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.