RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Mac 2025

MODENAS Perkenalkan Ninja 500 & Ninja 500 SE - Harga Bermula RM28,100

Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) anak syarikat kepada DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) secara rasminya menambah rangkaian produk terbaru mereka dengan memperkenalkan Ninja 500 dan Ninja 500 SE. Kehadiran kedua-dua variain ini sudah pastinya akan merancakkan lagi pasaran segmen sportbike di Malaysia.

Ninja 500
Ninja 500
Ninja 500 SE
Ninja 500 SE

Kedua-dua varian ini dikuasakan dengan enjin bersesaran 451cc Parallel Twin, 4-lejang, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin pada model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 33.4kW pada 9,000rpm dan tork 42.6Nm pada 6,000rpm. Casisnya yang ringan diilhamkan daripada model 250cc bagi menawarkan pengendalian yang mudah dan menyeronokkan.

Ninja 500 SE
Ninja 500 SE

Ninja 500 dilengkapkan dengan sistem pencahayaan jenis LED yang lebih baik dan moden. Terdapat juga fungsi ketersambungan telefon bimbit untuk mengakses data tunggangan dengan lebih pantas.

Kelengkapan lain seperti fork teleskopik 41mm, tangki 14 liter, berat 171kg, sistem ABS dua saluran, brek-brek cakera, tinggi pelana 785mm, tayar dapan 110/70-17 dan tayar belakang 150/60-17.

Apa yang membezakan dengan varian SE, terdapat beberapa ciri menarik pada jentera ini seperti soket USB Type-C, Kawasaki Intelligent Proximity Activation Start System (KIPASS) dan paparan meter TFT berwarna penuh.

Harga untuk pasaran negara, Modenas Ninja 500 hadir dengan satu warna sahaja iaitu Hitam pada harga asas RM28,100. Untuk Ninja 500 SE pula ditawarkan pada harga asas RM30,100 bersama dua pilihan warna menarik iaitu Lime Green dan Hitam/Merah. Harga untuk kedua-dua varian adalah tidak termasuk insurans dan cukai jalan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia