RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 April 2025

Suzuki SV650 Final Edition - RM29,900

Suzuki Malaysia telah memperkenalkan sebuah model ikonik iaitu Suzuki SV650 Final Edition. Majlis pelancaran ini telah diadakan di Menara MATRADE, Kuala Lumpur bersempena dengan AMI-Suzuki Syoknya Raya 2025 bagi meraikan sambutan Hari Raya bersama Suzuki Familia yang menghimpunkan pemilik-pemilik Suzuki dari seluruh Malaysia.

Menurut pihak Suzuki Malaysia, jentera yang dilancarkan ini adalah model 'Versi Terakhir', bermaksud SV650 ini tidak akan dipasarkan lagi untuk pasaran negara selepas semua unit hadib terjual. Digelar sebagai 'Spirit Of The Samurai', jentera yang merupakan unit CBU (Import penuh daru Jepun) ditawarkan pada harga asas RM29,900 dan hanya ada 600 unit sahaja di Malaysia.

Suzuki SV650 2025 ini didatangkan dengan enjin V-Twin 90 darjah yang bersesaran 645cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Sebagai sebuah model jalanan, SV650 mempunyai berat 198kg manakala tangki bahan apinya pula bersaiz 14.5 liter.

Kelengkapan elektronik yang ada pada jentera ini seperti Suzuki Easy Start System, sistem ABS dua saluran dan Low RPM Assist. Ciri-ciri yang lain pula seperti panel meter jenis digital, lampu belakang jenis LED, brek cakera berkembar di depan, cakera tunggal di belakang, fork USD dan tinggi pelana 785mm.

Model Final Edition ni hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Pearl Vigor Blue/Metallic Mat Black No2 (CGJ), Pearl Mat Shadow Green/Metallic Mat Black No.2 (C2L) dan Metallic Mat Black No.2 (YKV). RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.