RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 April 2025

Hanway Heritage, Jentera Gaya Bobber Dilancarkan!

Hanway Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran siri 'B', terdiri daripada rangkaian motosikal baru yang menggabungkan rekabentuk estetik vintaj dengan kejuruteraan kontemporari. Siri Boober atau 'B'  yang diperkenalkan buat pertama kalinya ke pasaran negara bermula dengan model Heritage 400. Heritage direka untuk para pencinta motosikal yang ingin memiliki sebuah jentera gaya bobber serta memiliki ciri-ciri klasik dan kemewahan.

Model baru ini disempurnakan dengan enjin 401cc, silinder berkembar, sistem penyejuk cecair, DOHC yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 41.5hp pada 9,500rpm dan tork 34Nm pada 8,000rpm. Penggayaan klasik dapat dilihat menerusi ciptaan lampu hadapan (jenis LED), cermin sisi dan panel meter berbentuk bulat. Lampu belakang pula disepadukan bersama lampu isyarat.

Posisi menunggang selesa. Pelananya yang setinggi 690mm bolehkan jentera ini boleh ditunggang oleh sesiapa sahaja dan dengan hanya 198kg, Heritage menawarkan pengendalian yang mudah untuk tunggangan di kawasan urban mahupun ketika menikmati pengembaraan di lebuhraya. Lebih menarik, Heritage boleh ditunggang secara solo mahupun bersama pembonceng kerana proses menanggalkan atau memasang semula pelana belakang cukup mudah.

GLOSS BLACK
GLOSS BLACK

Tayar hadapan bersaiz 130/90-16 manakala di belakang 150/80-16 yang dipadankan dengan sistem brek jenis cakera (300mm di depan/255mm di belakang) beserta sistem ABS. Model baru ini juga dilengkapi dengan penyerap hentak hadapan jenis teleskopik manakala di belakang menggunakan penyerap hentak berkembar jenis spring.

MATT BLACK
MATT BLACK

Hanway Heritage 400 ini ditawarkan pada harga RM22,800 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran) dengan dua pilihan warna ialtu Gloss Black dan Matt Black. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700