RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 Mei 2025

MAS2025: Honda CB1000 SP Dilancarkan Untuk Pasaran Negara – RM69,999

Selain model Gold Wing Tour 2025, Boon Siew Honda (BSH) turut melancarkan model jalanan berkuasa tinggi iaitu Honda CB1000 SP. Sebagai model yang berkapasiti 1000cc, harganya amat berbaloi untuk dimiliki. CB1000 SP ditawarkan pada harga asas bermula RM69,999 dengan satu pilihan warna sahaja iaitu Matte Ballistic Black Metallic.

Honda CB1000 SP menggunakan platform enjin yang sama seperti CBR1000RR Fireblade 2017. Model ini didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris, 4 lejang dengan sistem penyejuk cecair. Namun dari segi kuasa dan tork lebih rendah berbanding jentera sport itu.

Dengan enjin bertransmisi 6-kelajuan, jentera naked ini mampu menghasilkan kuasa 115.6kW pada 11,000rpm dan tork 107Nm pada 9,000rpm. Selain dengan sistem klac jenis Assist & Slipper, model SP ini turut didatangkan bersama quickshifter secara standard.

Ciri-ciri elektronik terdiri daripada tiga mod tunggangan yang merangkumi Rain, Standard dan Sport. Tambahan pula, dua lagi mod tunggangan seperti User membolehkan penunggang membuat talaan enjin mengikut keselesaan. Selain itu, Honda CB1000SP dilengkapi empat tahap Honda Selectable Torque Control (HSTC), tiga tahap Engine Power (P), tiga tahap Engine Brake (EB) dan Wheelie Control.

Pihak Honda turut memaklumkan kerangka model SP jenis keluli Twin-Spar mempunyai 70% lebih tegar kilasan berbangding CB1000R 2024. Sistem saspensi hadapan menggunakan fork USD jenis Showa SFF-BP 41mm yang boleh dilaras untuk compression rebound dan preloud. Manakala bahagian belakang menggunakan penyerap hentak tunggal jenis Ohlins TTX 36.

Sistem brek di bahagian hadapan jenis Brembo Stylema dengan cakera berkembar 310mm. Untuk bahagian belakang pula cakera tunggal 240mm bersama caliper jenis Nissin. Paparan meter TFT 5-inci boleh disambungkan dengan telefon bimbit melalui aplikasi Honda RoadSync.

Ciri-ciri lain yang ada pada SP ini:

  • Lampu-lampu LED
  • Honda Intelligent Security System (HISS)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Berat 212kg
  • Tinggi pelana 809mm
  • Tangki bahan api 17 liter
  • Sistem ABS dua saluran

Untuk maklumat lanjut berkenaan Honda CB1000 SP sila layari laman sesawang https://hondabigbike.com.my/model/cb1000-sp/ atau kunjungi Honda BigWing yang berdekatan dengan anda atau hubungi nombor talian bebas di 1-800-88-3993. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.