RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 Jun 2025

Harley-Davidson Pan America 1250 Special 2025

Memandangkan perlumbaan Rimba Raid 2025 pun dah semakin hampir, kami ingin berkongsikan salah sebuah model kembara 'mewah' yang seringkali digunakan dalam saingan cukup lasak itu. Ia adalah Harley-Davidson (H-D) Pan America tetapi kali ini, model yang dipaparkan ialah versi Special untuk tahun 2025.

H-D Pan America 1250 ini adalah antara pilihan terbaik buat para penunggang yang inginkan sebuah jentera pengembaraan dengan gabungan prestasi enjin yang cukup mengagumkan. Tidak dinafikan harganya agak tinggi tetapi keupayaannya mengharungi pelbagai jenis laluan menjadikannya pilihan yang berbaloi untuk dimiliki.

Pan America disempurnakan dengan enjin Revolution Max 1250 bersesaran 1,252cc DOHC dengan hantaran kuasa maksimum 150hp pada 8,750 rpm dan tork 129Nm pada 6,750rpm. Tenaga ini menyumbang kepada tindak balas yang responsif dan cukup padu.

Tampak eksklusif dengan sistem pencahayaan jenis LED dan panel TFT 6.8 inci (touch screen) yang kini hadir dengan sistem sambungan Bluetooth untuk keselesaan dan keseronokan penunggangnya.

Untuk memudahkan pergerakan, H-D ini menyediakan mod tunggangan yang terdiri daripada Road. Sport, Rain, Off-Road dan Of-Road Plus. Setiap talaan akan berinteraksi dengan sistem elektronik lain seperti Traction Control, sistem ABS, Cornering Rider Safety Enhancements, Tire Pressure Monitoring System (TPMS) dan lain-lain.

Posisi menunggang tegak, selesa, ergonomik yang memudahkan para penunggang (tidak kira saiz) mengendalikan jentera ini dengan lebih yakin. Pelana H-D ini juga dilengkapi dengan ciri Adaptive Ride Height (ARH) yang akan menurunkan ketinggian pelana secara automatik semasa berhenti. Ini bertujuan untuk memudahkan pemiliknya meletakkan kaki di permukaan jalan dengan sempurna.

Fork hadapan jenis USD semi-aktif elektronik yang membuat talaan secara automatik manakala peergerakan di belakang dikawal oleh penyerap hentak tunggal dengan talaan elektronik. Tayar hadapan bersaiz 120/70R19 60V manakala di belakang 170/60R11 72V yang dikawal sebaiknya oleh brek-brek cakera bersaiz 320mm di depan dan 280mm di belakang.

Sememangnya H-D Pan America ini telah terbukti bukan sahaja sesuai untuk tujuan pengembaraan malah di cukup lasak untuk memberi cabaran dalam perlumbaan lasak. Ya...harganya agak tinggi iaitu di antara RM100,000-RM120,000. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.