RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Julai 2025

Boon Siew Honda Lancarkan Honda Transalp Serba Baru

Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan Honda Transalp serba baru ke pasaran negara pada harga asas RM56,800. Jentera ini memang 'lejen'! Cukup selesa...pengendalian mantap dan prestasi enjin yang tidak pernah mengecewakan.  Untuk model baru ini, dari segi rekabentuknya memang sudah dipertingkatkan khususnya dari sudut keselesaan dan prestasi.

Model 2025 ini disempurnakan dengan enjin silinder berkembar selari 755cc yang menghasilkan hantaran kuasa maksimum 91.8hp (67.5kW) pada 9,500 rpm dan tork 75Nm pada 7,250 rpm tork. Enjin dengan aci engkol 270° sudah pasti memberi nikmat untuk pelbagai jenis laluan dan pada masa yang sama, bunyinya juga padu! Jentera yang berkuasa dan responsif seperti Transalp ini membolehkannya dijadikan teman untuk perjalanan harian atau pengembaraan jarak jauh.

Nikmati setiap saat perjalanan dengan adanya sistem 'Throttle by Wire' yang menawarkan lima Mod Tunggangan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian atau gaya tunggangan anda. Lima mod tersebut terdiri daripada SPORT, STANDARD, RAIN, GRAVEL, dan USER.

Bahagian hadapan direka baru berinspirasikan model Africa Twin yang dipadankan dengan lampu-lampu LED projektor yang memberikan suluhan tajam dan cerah. Sistem pencahayaan yang baik cukup penting bukan sahaja ketika menunggang di waktu malam tetapi juga di siang hari untuk tujuan keselamatan.

Ross White.
Ross White.
Graphite Black dan Pearl Deep Mud Gray.
Graphite Black dan Pearl Deep Mud Gray.

Fairing dan rekaan bahagian tengah juga direka semula bertujuan untuk menambahbaik laluan angin dan model ini juga hadir dengan skrin berprofil serba baru dibuat menggunakan polikarbonat berasaskan bio Durabio menawarkan perlindungan angin lebih baik dan mengurangkan keletihan ketika perjalanan yang lebih lama.

Transalp 2025 kekal dengan panel meter TFT (tiga paparan berbeza) beserta sistem penyambungan pintar Honda RoadSync, lampu isyarat 'self canceling' dan Emergency Stop Signal (ESS).

Ketangkasan jentera kembara Honda ini disumbangkan oleh casis 'Steel Diamond' bertegaran tinggi serta pakej sistem saspensi yang padu! Tayar hadapan bersaiz 90/90 - 21M/C (54H) manakala di belakang 150/70R - 18M/C (70H) yang dipadankan dengan 2 x brek cakera 310mm (depan) serta 1 x brek cakera 256mm di belakang beserta sistem ABS.

Honda Transalp 750 2025 ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Ross White, Pearl Deep Mud Gray, dan Graphite Black.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://hondabigbike.com.my/model/transalp/ atau terus ke Honda Big Wing berhampiran anda. Pelanggan juga boleh menghubungi pihak Honda menerusi nombor bebas tol 1-800-88-3993 untuk bercakap dengan perhubungan wakil pelanggan Honda. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.