RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Julai 2025

Harley-Davidson Lancar Enam Model Cruiser di Art Of Speed 2025

Bersempena dengan acara Art Of Speed Malaysia 2025 minggu lepas, Harley-Davidson (H-D) telah memperkenalkan barisan model Cruiser mereka untuk tahun 2025 bagi pasaran negara. Pelancaran keenam-enam model Softail ini menandakan komitmen H-D untuk terus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran motosikal berkuasa tinggi.

Antara enam model yang diperkenalkan sudah tentulah Street Bob™, Heritage Classic, Fat Boy™, Breakout™, Low Rider™ S dan Low Rider™ ST. Untuk model 2025 ini, kesemua jentera tampil dengan enjin Milwaukee-Eight 117 V-twin bersesaran 1,917cc. Walaubagaimanapun setiap model menawarkan hantaran kuasa dan tork yang berbeza.

Street Bob™
Street Bob™
Heritage Classic
Heritage Classic

Harley-Davison membezakan kuasa enam model seperti berikut:

  • Classic Powertrain: Street Bob™ & Heritage Classic - 91HP, 156Nm
  • Custom Powertrain: Fat Boy™ & Breakout™ - 103HP, 168Nm
  • High Output Powertrain: Low Rider™ S & Low Rider™ ST - 114HP & 173Nm
Fat Boy™
Fat Boy™
Breakout™
Breakout™

Dari segi gaya dan identiti juga berbeza di mana Street Bob™ tampil dengan gaya minimalis yang klasik, Heritage Classic -  Mengekalkan rekabentuk nostalgia dengan elemen moden, Fat Boy™ merupakan icon kustom, Breakout™ hadir dengan penampilan agresif manakala Low Rider™ S dan ST menawarkan kuasa responsif dan keupayaan tunggangan sporty dengan ergonomik selesa.

Low Rider™ S & ST
Low Rider™ S & ST

Selain itu, antara kelengkapan yang ada seperti tiga mod tunggangan (Road, Rain & Sport), ABS dua saluran, Traction Control, Cruiser Control, Drag Torque Slip Control, TPMS, lampu-lampu LED dan soket pengecas USB Type-C. 

Di bawah merupakan harga bagi setiap model-model cruiser 2025 tersebut:

  1. Harley-Davidson Street Bob™ – RM 119,900
  2. Harley-Davidson Heritage Classic – RM 143,900
  3. Harley-Davidson Breakout™ – RM 146,900
  4. Harley-Davidson Fat Boy™ – RM 149,900
  5. Harley-Davidson Low Rider™ S – RM 134,900
  6. Harley-Davidson Low Rider™ ST – RM 150,900. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.