RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Ogos 2025

QJMOTOR SRV600V Dilancarkan - Enjin V4, Harga RM33,888

QJMOTO Malaysia terus memperkukuhkan pasaran segmen kelas pertengahan menerusi pelancaran model terbaru iaitu SRV600V. Model ini merupakan sebuah motosikal cruiser yang tampil dengan gaya klasik moden, lengkap dengan eleman-eleman premium.

QJMOTOR SRV600V dijana enjin V4 90° yang bersesaran 561cc, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini boleh menghasilkan kuasa maksimum 67HP pada 10,500rpm dan tork sekitar 54Nm pada 8,000rpm. Selain itu, SRV600V menggunakan transmisi 6-kelajuan serta pacuan akhir jenis tali sawat untuk mnawarkan tunggangan lebih lancar.

Dari segi dimensi, cruiser ini dibina untuk keselesaan dan kestabilan untuk jangka masa panjang. Panjang keseluruhan 2,280mm, lebar 830mm dan tinggi dia sekitar 1,115mm yang memberikan rupabentuk  rendah serta panjang. Jarak roda pula ialah 1,580mm untuk kawalan lebih lancar di lebuhraya. Ketinggian pelana hanya 720mm, sesuai untuk pelbagai jenis pemgguna manakala berat sekitar 219kg sahaja.

Pakej keselamatan disempurnakan dengan brek cakera berkembar 300mm di hadapan dan cakera tunggal 260mm di belakang. Model ini juga turut disempurnakan sistem ABS dua saluran serta Traction Control yang boleh diaktifkan atau nyahaktifkan. Saspensi hadapan jenis fork USD dari Marzocchi manakala belakang dipadankan bersama penyerap hentak berkembar dengan redaman minyak.

Sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) boleh dipantau menerusi paparan meter TFT berbentuk bulat. Paparan ini juga turut menyokong sambungan Bluetooth kepada telefon bimbit dengan menggunakan aplikasi Carbit Ride yangboleh dimuat turun di Android dan iOS. Melalui aplikasi ini membolehkan meter memaparkan notifikasi, panggilan, kawalan muzik dan fungsi navigasi.

Antara kelengkapan lain yang ada pada jentera ini adalah lampu-lampu jenis LED, tangki bahan api 16.5 liter, tayar hadapan 130/90-16 & belakang 180/65-16, ekzos berkembar di bahagian kiri dan kanan jentera serta soket pengecas USB Type-A dan Type-C.

Dengan harga pengenalan bermula RM33,888, QJMOTOR SRV600V menawarkan pakej serba lengkap yang menggabungkan gaya, teknologi dan kuasa dalam satu jentera. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Silver, Sky Black (Matte) dan Night Black. Model ini boleh didapati di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700