RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Ogos 2025

QJMOTOR SRK250RD Dipertontonkan - Harga Bawah RM22K

Sebelum ini pihak Mforce Bike holdings telah mengumkumkan harga bagi model sportbike 250cc empat silinder yang sedang hangat di bawah RM23,000 sahaja. Tetapi semasa pelancaran Mforce SmartShop di Banting bos Mforce sendiri beritahu bahawa anggaran harga untuk QJMOTOR SRK250RD adalah di bawah RM22,000.

Sebelum ini QJMOTOR SRK250RD telah pun dipertontonkan buat kali pertama kepada umum di Mforce SmartShop Pontian, johor. Kali ini pihak Mforce membuat sekali lagi tayangan perdana buat warga Banting sempena pembukaan kedai terbaru di Banting oleh W H S Motor Sdn Bhd.

Walaupun dalam gambar rekabentuknya agak pelik, tetapi bila dilihat depan mata model ini tampil dengan rekabentuk yang cukup menarik, futuristik serta nampak premium.

QJMOTOR SRK250RD menggunakan enjin 249cc, empat silinder sebaris, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 40.2hp pada 15,500rpm dan tork sekitar 22Nm pada 12,500rpm.

Rekabentuk hadapan tampak agresif yang dilengkapi lampu utama jenis LED bersama lampu DRL cukup menarik. Bahagian belakang pula sangat sporty yang turut dipadankan dengan lampu jenis LED. Paparan meter pada jentera ini jenis digital bewarna penuh dan menariknya QJMOTOR SRK250RD turut dilengkapi kamera dashcam di bahagian hadapan serta belakang.

Selain itu, sistem brek cakera depan 320mm dan belakang 240mm dipadankan bersama brek kaliper dari Brembo. Model ini juga mempunyai sistem ABS dua saluran. Ciri-ciri lain yang ada seperti fork USD, tayar depan 110/70-R17, Traction Control, TPMS, tayar belakang 150/60-R17, tinggi pelana 808mm, berat 176kg dan tangki bahan api 16 liter.

Model ini dikatakan bakal berada di pasaran negara tidak lama lagi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.