RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Ogos 2025

Honda X-ADV 2026: Ada Beberapa Penambahbaikan Terbaru

Tidak keterlaluan jika dinyatakan Honda X-ADV 750 merupakan antara model unik yang cukup popular, tidak hanya di Malaysia malah hampir di seluruh dunia. Honda X-ADV merupakan model 'utama' yang mencetus fenomema ketika ia dilancarkan beberapa tahun yang lalu. Rekabentuk, sistem transmisi, posisi menunggang dan kemampuannya menangani pelbagai jenis jalanan membuatkan model ini mendapat sambutan yang cukup tinggi.

Lihat sahaja pasarannya di Malaysia, walaupun harganya yang tinggi dan ada kalanya hampir tidak masuk akal.... ramai yang ingin memilikinya walaupun terpaksa menunggu lama. Honda Eropah telah melancarkan model terbaru siri X-ADV ini dengan beberapa peningkatan yang dilakukan demi memberi kepuasan buat para pemiliknya.

Penampilan diperbarui dengan lampu utama dual jenis LED projector yang lengkap dengan DRL (Daytime Running Light) serta lampu isyarat integrasi yang cukup menawan. Panel bodynya lebih 'tajam' dan gagah yang memperkuat karaktornya.

Honda juga menerapkan penggunaan material warna hi-gloss yang baru iaitu Durabio yang mengurangkan emisi CO2 ketika proses mengecat dilakukan. Bahan ini dipadankan pada bahagian fairing dan windshield. Untuk terus menjamin penjagaan alam sekitar, fairing dan cermin pengadang angin X-ADV ini dihasil menggunakan bahan plastik kitar semula dan plastik biomass.

Dari segi ergonomik, pelananya yang setinggi 820mm ini telah dibentuk semula agar lebih mudah buat penunggang meletakkan kakinya di atas pemukaan jalan dengan sempurna manakala bar hendalnya yang lebar (940mm) memastikan pengendalian lebih baik dalam semua kelajuan.

Ya...model ini masih disempurnakan dengan enjin 745 cc parallel-twin, sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa maksimum sekitar 58–59 PS dan tork 69 Nm. Semestinya X-ADV hadir dengan sistem transmisi Dual Clutch Transmission (DCT), 6-kelajuan dengan mod tunggangan seperti Standard, Sport, Rain, Gravel, dan User. Talaan enjin dan pendikit juga ditambah baik bagi melancarkan pergerakan khususnya di dalam kesibukan kota.

Panel instrumen TFT 5 inci lebih terang dan jelas walaupun di bawah sinar matahari, dilengkapi aplikiasi Honda RoadSync (navigasi, muzik, telefon). X-ADV juga menggunakan sistem kunci pintar dan Emergency Stop Signal (ESS) - lampu kecemasan akan menyala apabila kita menggunakan brek dengan keras. Lampu isyarat X-ADV ini juga ada auto-cancel.

Cermin pengadang angin juga direka semula dengan tahap ketinggian yang berbeza. Dulu lima tahap pelarasan manakala model baru nanti hanya ada tiga tahap pelarasan. Ruang bawah pelana sebesar 22 liter, muat untuk sebuah topi keledar penuh muka dan lengkap dengan lampu LED dan soket pengecas USB.

Tayar hadapan bersaiz 120/70 R17 manakala di belakang 160/60 R15 yang dikawal oleh sepasang brek cakera (depan 296mm / belakang 240mm) beserta sistem ABS dwi-saluran. Walaupun seberat 237mm, BMW ini menawarkan pengendalian yang padu.

Untuk model sedia ada (X-ADV 2025) harganya dipasarkan sekitar RM 69,999 (stadard) dan RM 70,999 (Goldfinch Yellow Special Edition). Walaupun belum ada pengumuman resmi tentang bila jangkanya model ini hadir ke MAlaysia, harga untuk model 2026 kemungkinan harga tidak berbeza jauh daripada yang sekarang ini. Ia tergantung kadar import dan cukai. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.