RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 Ogos 2025

Boon Siew Honda Lancarkan CRF250 Rally Baru. Harga asas RM28,599

Boon Siew Honda (BSH) hari ini dengan bangganya memperkenalkan model lasak CRF250 Rally serba baru. Model terkini ini hadir dalam warna Extreme Red, lengkap dengan rekacorak grafik gaya-rally yang cukup garang. Gabungan warna merah, pelbagai-tona dan pelana biru-navy cukup sempurna bagi sebuah jentera 'dirt-bike'.

Honda CRF250 Rally yang terkenal dengan sifat tangkas dan lasaknya ini disempurnakan dengan enjin 250cc, DOHC silinder tunggal, 4 lejang, sistem penyejuk cecair menawarkan hantaran kuasa setinggi 18.3kW (24.9hp) pada 9,000rpm dan tork 21.9Nmn pada 6,500rpm. Bagi memastikan perjalanan jarak jauh lebih lancar, model ini didatangkan dengan tangki bahan api sebesar 12.8 liter.

Model ini dikemaskan dengan lampu utama jenis LED berkembar, cermin pengadang angin jenis 'floating', fork hadapan USD jenis Showa, lengan ayun yang ringan dan penyerap hentak belakang yang dipertingkatkan. Model ini juga hadir dengan sistem Anti-Lock Brake System (ABS) dan sistem Slipper Clutch untuk prestasi lebih mantap. Berbanding model terdahulu, berat keseluruhan CRF250 Rally baru ini 5kg lebih ringan.

Spesifikasi Ringkas CRF250 Rally:

  • Panel meter: digital
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Tinggi pelana: 893mm
  • Berat: 153kg
  • Tapak Roda: 1,453mm
  • Kelegaan tanah: 277mm
  • P x L x T: 2,229 x 920 x 1,419m

Dengan setiap pembelian CRF250 Rally, pemiliknya akan menerima waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000km perjalanan (yang mana terdahulu). Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://hondabigbike.com.my/model/crf250-rally/ atau https://boonsiewhonda.com.my/product/crf250-rally/.

Anda juga boleh ke Honda BigWing, Honda Impian X berdekatan atau membuat panggilan ke talian bebas tol: 1-800-88-3993. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.