RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 September 2025

Global: Marshal Lancarkan Cruiser Terbaru, YES Soft-tail 255

Marshal merupakan jenama motosikal dari China yang memberi tumpuan kebanyakannya dalam penghasilan jentera cruiser, chopper & easyrider. Terkini, syarikat yang beroperasi di Guangdong telah memperkenalkan model terbaru iaitu YES Soft-tail 255 yang ditawarkan untuk pasaran entra-level terutamanya penunggang novis atau mereka yang baru dalam dunia motosikal berkuasa tinggi.

YES Soft-tail 255 ini dihasil berinspirasikan model 'abangnya' YES 418 yang juga menawarkan rekabentuk padu dengan enjin V-kembar. Untuk model YES lebih kecil ini, beberapa ciri-ciri telah dipertingkatkan contohnya pada bahagian tangki kini lebih cantik, rim dan bar hendal. Jurutera bahagian rekaan menjuruskan setiap rekaan YES ini mengikut citarasa golongan muda.

YES 418.
YES 418.

YES Soft-tail 255 disempurnakan dengan enjin 249cc yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 28hp pada 9,000rpm dan tork 23.5Nm pada 8,000rpm. Model ini juga hadir dengan sistem Slipper Clutch.

Model ini diperanggunkan dengan lampu-lampu gaya lingkaran yang tampak mewah. Untuk memantapkan kualiti pengendalian, model ini didatangkan dengan fork hadapan jenis USD dan penyerap hentak jenis spring-berkembar.

Pelananya hanya setinggi 690mm yang memberi akses untuk semua jenis penunggang termasuklah wanita. Ini juga bagi memastikan YES Soft-tail 255 sesuai untuk tunggangan harian dan bercuti pada hujung-hujung minggu.

Turut memantapkan lagi spesifikasi jentera ini ialah brek hadapannya jenis cakera bersaiz 300mm (NIssin) dan cakera 240mm di belakang yang dilengkapkan dengan sistem ABS dan Traction Control.

Antara ciri-ciri menarik lain ialah:

  • sistem kunci pintar
  • T-BOX Smart Car
  • Tangki bahan api 16 liter
  • 2 x port USB
Joy250 Sport.
Joy250 Sport.
Chopper 150 - Cantik!
Chopper 150 - Cantik!

Menurut pihak Marshal, pengenalan kepada YES Soft-tail 255 ini sangat penting dan sesuai untuk memberi lebih pilihan buat para peminat jentera cruiser berkapasiti sederhana. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.