RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 9 September 2025

Italjet DRAGSTER 300 Diperkenalkan - Bermula RM37,800

MZM Bike Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Italjet di Malaysia telah memprkenalkan skuter urban superbike terbaru iaitu DRAGSTER 300. Model ini didatangkan dalam dua varian iaitu Malossi Edition dan Gresini Racing Team Edition.

Kedua-dua varian ini menggunakan enjin yang sama iaitu silinder tunggal 278cc, 4-lejang, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini boleh menghasilkan kuasa 23.8hp pada 8,250rpm dan tork sekitar 26nm pada 6,250rpm.

Beza di antara kedua-dua model ini adalah warna dan rekacoraknya di mana Malossi Edition tampil dengan warna Kuning Fluorecen dan Oren serta turut dipadankan bersama logo kepala Singa di bahagian hadapan yang melambangkan identiti Malossi. Untuk varian Gresini Racing Edition pula lebih menampilkan livery pasukan MotoGP Gresini Racing yang menggunakan warna Biru dan Merah.

Model ini menampilka rekabentuk yang unik, kebanyakkan bahagian pada skuter ini terdedah antaranya rekaan bahagian casis dan sistem saspensinya. Bahagian hadapan dan belakang DRAGSTER 300 dipermantapkan dengan lampu-lampu jenis LED. Mankala tangki bahan apinya bersaiz 11 liter, lebih besar berbanding 125cc dan 200cc.

Salah satu ciri yang menonjol pada model ini adalah sistem saspensinya berbeza daripada skuter biasa. DRAGSTER 300 tampil saspensi hadapan jenis lengan ayun tunggal dengan teknologi Independent Steering System (I.S.S) dan penyerap hentak Hydro-Pneumatic boleh laras. Manakala di belakang pula lengkap dengan penyerap hentak boleh laras Hydro-Pneumatic.

Antara kelengkapan lain seperti paparan meter TFT, sistem ABS, tinggi pelana 770mm, berat 128kg, empat winglet (dua di setiap sisi badan), brek jenis Brembo, tayar hadapan bersaiz 120/70-12 dan belakang 140/60-13.

Italjet DRAGSTER 300 edisi Malossi ditawarkan pada harga asas bermula RM37,800 dan varian Gresini Racing Team Edition pada harga asas RM38,800. Kesemua harga adalah tanpan cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Sempena dengan pelancaran ini, MZM Bike turut memperkenalkan Kempen Pendaftaran Awal Eksklusif. Untuk 10 orang pembeli pertama kedua-dua varian ini akan menerima cash-back sebanyak RM3,000. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.