RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2025

MODA Perkenalkan MOCA 110: Skuter Gaya Klasik!

MDua Motor Sdn. Bhd. telah memperkenalkan model MOCA, sebuah skuter 110cc serba baru yang dibawah jenama MODA. Model ini direka untuk penunggang ingin kelihatan 'cool', bergaya dan hidup ceria serta gaya hidup yang lebih santai. Ya, Moca kini akan mengembalikan nostalgia rekaan klasik tetapi kini iinspirasikan sentuhan moden, Serlahan Warna Bergaya

MODA Moca hadir dengan tiga warna:
• Neon Orange – berani dan bertenaga.
• Piano Black – elegan dan keabadian klasik
• Ocean Blue –  ceria, segar dan bergaya.

Kawalan Mudah, Keselesaan Seharian Praktikal tetapi penuh personaliti, Moca memastikan setiap tunggangan adalah mudah, ringan dan lincah. Dengan berat 89kg, Moca mudah dikawal dalam suasana kesesakan trafik bandar, laluan terhad, lorong-lorong sempit termasuklah ketika berada di ruang parkir yang kecil.

Skuter baru dari MODA ini turut dilengkapi dengan ciri praktikal:
• Ruang simpanan bawah pelana.
• Rak belakang & cangkuk praktikal untuk beg beli-belah dan barangan peribadi.
• Paparan meter digital.
• Brek cakera hadapan.
• Lampu utama hadapan dan lampu belakang jenis LED yang terang

Melihat pada rekabentuknya yang membangkitkan rasa nostalgia jenama Eropah yang hadir seiring dengan prestasi dan teknologi terkini yang sesuai untuk gaya hidup bandar masa kini. MOCA, bukan sekadar membawa anda dari satu destinasi ke destinasi tetapi memberi kenikmatan dengan pesona warna, karakter, dan gaya.

Moca ditawarkan pada harga RM3,988.00 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Harga ini sah untuk pasaran Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak termasuk Sabah & Sarawak. Para pemilik MOCA turut ditawarkan dengan pakej jaminan kilang selama 2 tahun atau 20,000km perjalanan (yang mana terdahulu).

Pilihan Aksesori Menarik

• Penghadang angin hadapan (front windshield)
• Kotak simpanan belakang (top box)RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.